:: The New Passion II ::

Monday, December 29, 2008
In-Team - Ku Serah Cinta

Ku serah segala ketentuan
Biarlah masa yang berbicara
Dipangku wajah yang layu
Dan aku telah jemu

Aku tidak mahu berpaling
Pada yang mengganggu dan menggugat
Sapanya meletihkan diri
Hadirnya mengundang penat

Akan ku serah cinta ini
Bukan lagi pada manusia
Kerana cinta martabat itu
Bersalut segunung kepalsuan
Dan kepuraan

Aku semakin tidak peduli
Apa yang mungkin akan terjadi
Kerana gerak dan tindakanku
Mahu bebas dari masalah

Ku serahkan cinta ini
Hanya padaMu, oh Tuhan

Akan ku serah cinta ini
Bukan lagi pada manusia
Kerana cinta martabat itu
Bersalut segunung kepalsuan
Dan kepuraan

Aku adalah aku sekarang
Biar terbuang tetap berjuang
Akan ku serahkan jiwa ini
Sepenuh hati dengan keikhlasan
Aku adalah aku yang sekarang
Ku serahkan cinta ini



Rabbani - Munajat

Tuhan... kubisikkan kerinduan
keinsafan... pengharapan...
Tuhan...kusembahkan pengorbanan
Membuktikan kecintaan

Bisikkanku untukMu
Munajatku mohon restu
Semoga cintaku bukan palsu
Pada desiran penuh syahdu
Gelombang lautan rinduku

Munajatku dalam syahdu
Merindui maghfirahMu
MardhiaMu dalam restu
Harapan tulusnya hatiku

Kurindukan pimpunanMu
KeagunganMu dalam doaku
Kebesaran pada kudratMu
Ia membina rohaniku

Tuhan... kubisikkan kerinduan
Keinsafan... Pengharapan...
Tuhan...kusembahkan pengorbanan
Membuktikan kecintaan

Ujian kepahitan di dalam kehidupan
Padanya ada kamanisan
Ketenangan dan kebahagian
Bayangan syurga idaman

Munajatku dalam syahdu
Merindui maghfirahMu
MardhiaMu dalam restu
Harapan tulusnya hatiku

Kurindukan pimpunanMu
KeagunganMu dalam doaku
Kebesaran pada kudratMu
Ia membina rohaniku

Tuhan... kubisikkan kerinduan
keinsafan... pengharapan...
Tuhan...kusembahkan pengorbanan
Membuktikan kecintaan


:: The New Passion ::

Saturday, December 27, 2008
Setelah mengharungi peristiwa suka dan duka pada semester lalu, saya menyemai azam yang tinggi untuk pulang ke UTM pada esok hari. Bagi saya, sepanjang semester lalu adalah semester yang paling mencabar. Ia mencabar saya terutamanya dari segi mental dan rohani. Salah satu kesannya, keputusan peperiksaan yang paling buruk pernah saya perolehi sepanjang menuntut ilmu di UTM. Namun, saya berazam, kesilapan lalu tidak akan berulang lagi. Saya berharap dapat menghadapi segala rintangan dan dugaan dengan penuh kesabaran dan menangani masalah dengan bijak.

Salah satu cabaran pada semester hadapan adalah , sudah tentu, pelajaran yang semakin mencabar. Ini memerlukan usaha yang lebih gigih dalam usaha mendapatkan keputusan yang cemerlang.Namun apa yang paling penting di sebalik keputusan yang cemerlang adalah keberkatan ilmu! Tumpuan juga diberikan pada program SPE-UTM, S-SPEC 2009. Saya sekali lagi diberi kepercayaan untuk menyertai program ini di bawah Unit Program sebgai pembantu multimedia.

Semoga semester lalu memberikan saya pengajaran supaya lebih berusaha ke arah yang lebih baik dan mengajar saya untuk menjadi insan yang lebih matang. Mana tidaknya, Februari akan datang, akan memasuki umur 22 tahun. Juga sudah tua kerana sudah 'naik pangkat' menjadi pak cik! Sudah tiba masanya untuk menjadi insan yang lebih dewasa. Saya juga mendoakan kepada semua rakan, teman, dan sahabat walau di mana saja kalian berada agar mendapat kejayaan yang cemerlang di dunia dan akhirat...SK

Nawaitu

Friday, December 19, 2008
Dendangan Ustaz Akhil Hayy

Tuhan berikanlah aku
pada jalan yang engkau tunjuki
pada mereka yang engkau beri
begitulah juanya aku

apakah aku yang terleka
apakah aku yang tidak tahu
di dunia ini jalan berliku
ku pohon petunjuk ILAHI

oh tuhanku...
aku bercaya pada segala ranjau kehidupan ini
rahmatmu luas tak terhingga
aku insan yang masih mencari
akanku tempuhi segala dugaan
mereka mentertawakan aku
sumber yang kau ilhamkan kepadaku
yang ku berikan kepada mereka
mengapa tidak diikhlaskan
panjatkan syukur padamu ya RAHMAN
oh tuhanku redhailah hidup ini

oh tuhanku...
aku bercaya pada segala ranjau kehidupan ini
rahmatmu luas tak terhingga
aku insan yang masih mencari
akanku tempuhi segala dugaan
mereka mentertawakan aku
sumber yang kau ilhamkan kepadaku
yang ku berikan kepada mereka
mengapa tidak diikhlaskan
panjatkan syukur padamu ya RAHMAN
oh tuhanku redhailah hidup ini

kini aku bersama mereka
berdamping bercita-cita sama
kemesraanku kian terhimpit
begitulah selalunya aku.....


Tidak Senang Duduk

Monday, December 15, 2008
Laptop saya menghadapi masalah untuk mengakses internet. Membuatkan diriku tidak senang duduk! Terpaksa meminjam laptop adikku. Ya Allah, tolonglah hamba-Mu ini. Huhu...SK

Iye? Isk, isk, isk...

Sunday, December 14, 2008
Setiap insan yang sempurna dikurniakan anggota badan yang lengkap. Akal yang sempurna digunakan sebagai pemandu dalam menggunakan semua pemberian Allah ini. Sekiranya kita dikurniakan semua ini, maka, bersyukurlah kerana Allah akan menambahkan ni'mat-Nya bagi hamba-hamba-Nya yang bersyukur dan mengazab mereka yang kufur akan ni'mat-ni'mat-Nya. Akan tetapi, sebagai manusia biasa yang tidak terlepas daripada melakukan dosa-dosa, ramai manusia sering kali menyalahgunakan ni'mat pemberian Allah ini. Mereka lalai dan hanyut dalam godaan syaitan yang menguasai hati.

Sebagai contoh, pencuri menggunakan tangan untuk mencuri barangan di kedai. Sekumpulan lelaki melepak di pinggir jalan dan memerhatikan setiap wanita yang melewati mereka. Kaki digunakan menuju ke kelab malam untuk berdansa. Telinga digunakan untuk mendengar perkara-perkara yang tidak senonoh. Mulut digunakan untuk menyebarkan fitnah di merata tempat.

Kak Ton: Eh, Milah. Ko ade dengar x si Senah anak si Leman Tempe ujung kampung tu berdua-duaan dengan Jiman dekat kebun pisang Wak Seman malam. Diorang kene tangkap basah!

Milah: Iye? Isk, isk, isk...

Kak Ton: Iye Milah. Aku x tipu. Aku sendiri dengar daripada si Timah. Terok betol Senah dengan Jiman tu. Buat malu org kg je. Aku rs nk tempeleng je diorang berdua tu! Memalukan!

Milah: Iye? Isk, isk, isk...

Kak Ton: Aku bukan ape, org mcm diorang ptt nye kite halau je dr kg ni. Aku malu jd org kg ni, aku malu tau x?!

Milah: Iye? Isk, isk, isk...

Kak Ton: Ko ni Milah, dr td asek isk3 je. Geram betol. Penat mulut aku ni ckp.

Milah: Saye bkn ape Kak Ton. Kak Ton kate Kak Ton cume dgr dr org je. Saye nk percaye pon ssh. Baik Kak Ton check dulu. X baik mengumpat. Allah x suke, nnt msk neraka.

Kak Ton: Iye? Isk, isk, isk...

Begitulah ceritanya mengumpat. Senang-senang saja Kak Ton mendapat dosa kering. Oleh itu, jagalah lidah kita daripada mengumpat. Orang kata, terlajak perahu, boleh diundur, terlajak kata, badan binasa. Kita perlu ingat, di Hari Pembalasan nanti, tiada siapa yang boleh menyelamatkan kita. Mulut terkunci rapat. Anggota badan menjadi saksi segala tindak-tanduk kita di dunia ini. Kalau ada yang terasa dengan entry ini, saya minta maaf. Saya hanya menasihatkan diri ini dan kalian semua agar merenung kembali segala amal perbuatan kita. Setiap amal perbuatan kita walau sebesar zarah akan dihitung oleh Allah yang Maha `Adil.

"Setiap yang bernyawa itu akan merasai kematian,dan sesungguhnya semua akan di perhitungkan di hari kiamat.Barang siapa yang di selamatkan dari api neraka kemudian dia di masukan ke dalam syurga,maka itulah kemenangan yang sebenarnya dan tidaklah kehidupan di dunia ini melainkan kesenangan yang memperdaya"

Marilah kita sama-sama bermuhasabah diri. Jagalah iman, jagalah amalan. Moga-moga kita berjaya di dunia dan akhirat.

SAKSI :- Mawi feat Rabbani

Saat dan waktu
Semasa hidupmu
Apa yang dilaku
Apa amalanmu

Jangan kita lupa
Dia ketahuinya
Jangan kita leka
Segala dihitungnya

Dunia sementara
Sandiwara semata
Kembali padanya
Akhirat disisinya

Hidup penuh dosa
Tiada pasti nilainya
Syurga dan neraka
Kan kita terimanya

Tangan berkata
Apa dilakunya
Kaki bicara
Kemana ia melangkah

Mata bersuara
Apa pandangannya
Telinga bercerita
Apa yang didengar

* Tiba detik masa
Mulut tak dibuka
Tiada berkata
Hanya kan mendengar
Mulut bersuara
Saksi berbicara

Amalan semata…

Sujudlah kepadanya
Ampun segala dosa
Tiada yang berkuasa
Hanya Maha Esa

' On the Road '

Saturday, December 13, 2008
Hari ini saya ingin berkongsi salah satu minat saya, kereta dan motorsikal. Kereta yang paling saya minati adalah jenama BMW (Bavarian Motor Works). Saya meminati BMW kerana ia mempunyai rekaan yang menarik menurut pandangan saya. Mari kita lihat model-model yang biasa dilihat di Malaysia.
3 Series

5 Series


7 Series
X3

Rasanya ada lagi tetapi model-model ni yang biasa kita ' on the road ' di Malaysia. Kalau motosikal pula, saya juga meminati motosikal jenama BMW. Jarang motosikal ini kelihatan di jalan raya. Lagipun, saya pun tidak pernah nampak tetapi pernah nampak dalam filem Datuk Yusuf Haslam, Janji Diana kalau tidak silap tetapi bukan gambar di bawah ini. Hehe... Ini khusus untuk berlumba.

BMW-K1000RS1

Kalau dikurniakan rezeki yang lebih, tiada salahnya untuk memiliki satu. Hehe. Angan-angan pula. Harap-harap menjadi kenyataan...SK

Ubat

Friday, December 12, 2008
Meniti arus kehidupan, bukanlah sesuatu yang mudah. Saban hari kita diuji dengan pelbagai cubaan. Ujian itu datang daripada Allah mengikut tahap kemampuan masing-masing. Bagi yang mempunyai hati yang cekal, pastinya setiap ujian yang datang itu dapat di atasi dengan sebaik yang mungkin. Allah berfirman,

"...seseorang itu tidak dibebani melainkan apa yang mampu baginya..."

Firmannya lagi,

"...manusia itu tidak dikatakan beriman selagi mana ia tidak diuji."

Bagi yang tidak cekal, maka, mereka akan menghadapi masalah dalam menangani segala ujian yang tertimpa ke atas mereka. Sejak kebelakangan ini, saya rasa seperti banyak ujian yang menimpa diri ini. Di sini, saya ingin berkongsi bagaimana cara-caranya saya mengubati kesedihan.

1. Berzikir.
Allah berfirman,
" Ketahuilah dengan berzikir itu hati akan menjadi tenang."

Kaedah ini adalah antara kaedah yang paling mudah. Jika dihayati ketika berzikir itu, ianya memang mujarab. Bagi saya yang pernah melakukannya, ia perlu dilakukan dengan penuh kesabaran dan berulang-ulang. Membaca Al-Quran pun sesuatu yang bagus untuk menangkis segala taufan kesedihan yang melanda diri.

2. Solat
Solat ini juga boleh dikatakan zikir juga. Antara solat yang selalu saya lakukan adalah solat hajat. Apabila saya bersedih, saya akan bermohon kepada Allah agar dikurniakan hati yang cekal dalam menempuh segala dugaan. Dr. `Aidh Abdullah Al-Qarni, dalam karyanya `Laa Tahzan` menyatakan bahawa apabila kita bersedih, hendaklah bertandang ke masjid dengan bersujud kepadanya. InsyaAllah, hati yang berada di dalam suasana duka dan pilu akan diberi semula kekuatan. Solat taubat juga bagus bagi menghapus setiap noda hitam yang bertakhta di hati.

3. Berkongsi masalah
Bagi saya, kaedah ini juga sesuatu bagus, walaupun kadang-kala rasa menyusahkan orang. Tetapi, bagi mereka yang sudi mendengar dan melapangkan secebis masa yang terluang untuk mendengar masalah saya, seinfiniti terima kasih diucapkan.

Sebenarnya banyak lagi kaedah merawati hati yang dirundung kesedihan. Bagi saya yang mengalami masalah, inilah antara kaedah yang saya lakukan. Saya tidak akan membiarkan hati ini diliputi awan kegelapan yang mana tidak terdapatnya sinaran mentari yang menerangi kehidupan.

**Kepada-Mu Ya Allah, kebersyukur bertuhankan diri-Mu. Rahmat-Mu luas, kasih sayang-Mu menggunung tinggi.

**Kepada yang pernah membantu, terima kasih yang tidak terhingga. Kalau ada yang rasa jemu, ampun zahir batin saya pinta. Saya hanya insan biasa. Ingin belajar menjadi insan yang lebih cekal dan tabah... Semoga Allah merahmati diri kalian.Aaminn...SK

Naik Pangkat

Wednesday, December 10, 2008

Pada 24 November 2008 yang lalu, saya telah naik pangkat. Bukan menjadi General Manager ataupun CEO, tetapi naik pangkat jadi pak cik. Hehe... Pada masa itu saya berada di Kemaman kerana menghadiri lawatan di syarikat minyak (entry KSB 2008). Nama anak saudara saya ini Faishal Fakhruddin. Tidak tahulah betul ke tidak saya mengeja nama dia ni. Lihatlah gambar di atas. Pertama kali mendapat anak buah, rasa macam sudah tua sebab ada panggilan pak cik. Inilah hakikat. Hehe...SK

Mengapakah???

Monday, December 8, 2008
Sejak beberapa hari kebelakangan ini, saya rasa ada sesuatu yang tidak kena. Hati saya berasa seperti ada sesuatu yang akan berlaku... Puas sudah saya pujuk hati ini, banyak sudah saya berdoa agar dikurnia ketenangan... Tetapi, apa lagi yang tidak kena? Mengapakah, mengapakah, dan mengapakah??? Alhamdulillah, saya masih boleh mengawal diri dengan baik. Saya risau ada sesuatu yang tidak bagus akan berlaku... Risau sungguh...

Ya Allah, sungguh banyak ujian-Mu terhadapku sejak kebelakangan ini. Apakah ini kifarah daripada dosa-dosa silamku...? Ampunilah dosa-dosa hamba-Mu ini...SK

`Idul Adha 1429 H/2008

Alhamdulillah... puji dan syukur kepada hadrat Allah Subhanahu Wa Ta`ala kerana saya masih dipanjangkan umur untuk mendengar dendangan takbir Hari Raya `Idul Adha. Selepas solat maghrib di surau, saya sempat bertakbir bersama para jemaah yang lain. Sejak 2 hari sebelum raya, persiapan sudah dibuat seperti menganyam ketupat, persiapan kegemaran saya. Hehe... Sebentar tadi baru sahaja selesai merebus ketupat sambil menonton filem 'Kingdom of Heaven'. Filem ini diterbitkan pada tahun 2005 tetapi saya belum berkesempatan untuk menontonnya. Sedang asyik menonton, 2 daripada ketupat segera yang direbus sedikit hangus! Ketupat segera ini direbus bersama ketupat daun. Hangus disebabkan air sudah hampir kekeringan. Haiya... Tidak mengapa. Sedikit sahaja... Lihat gambar di bawah ini... Pertama kali saya rebus jadi hangus!

Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan selamat menyambut Hari Raya `Idul Adha kepada seluruh umat Islam yang berada di seluruh seantero dunia. EID MUBARAK, MAAF ZAHIR DAN BATIN! Hehe...SK

Cinta Hakiki

Sunday, December 7, 2008
Artist: Raihan
Song Category: Nasyid

Telah lama cinta terbiar
Dari cinta yang suci
Telah lama cinta tersasar
Dari cinta hakiki

Kerna sekian lamanya
Manusia dibuai cinta nafsu
Kita sering menyangka
Cinta manusia itu yang sejati

Namun lupakah kita
Cinta nafsu selalu mengecewakan
Sering berubah tidak menentu
Seperti pantai dipukul ombak

Cintakan Allah cinta sebenarnya
Itulah cinta yang sejati
Kasihlah sesama manusia
Kerna cinta yang hakiki
Hanya untuk Tuhan Yang Esa

Cintakan Allah tiada kecewa
Engkaukan tenang di waktu susah
Kembalilah kepada Tuhan
Dia kan tetap menanti

Kehadiran hambaNya
Yang sebenar pasrah
Cinta kasih sayangNya tidak bertepi



Ya Allah, kurniakanku cinta-Mu,
Moga hatiku sentiasa tenang disamping-Mu,
Tiap ketika dan tiap waktu...SK

Masih Ada Yang Sayang

Thursday, December 4, 2008
Suatu ketika, selain daripada keluarga dan kawan-kawan, saya pernah mempunyai insan yang saya sayangi. Dari saat berkenalan, menjadi kawan dan akhirnya menjadi rapat. Rapat hanya di handphone. Bertemu hanya 2 atau 3 kali.

Namun, taqdir Tuhan itu telah menentukan, jodoh tiada... Hubungan putus dipertengahan jalan. Berpisah dengan insan yang disayangi memang sangat perit. Saya berusaha memujuk hati yang kesedihan yang teramat sangat. Tuhan saja yang tahu betapa 'down'nya saya ketika itu.

Beberapa hari sebelum berpisah, saya berasa tidak sedap hati. Seakan ada suatu perkara buruk yang bakal berlaku. Namun, saya dapat menjangka apa yang akan berlaku. Cuma saya perlu bersedia menghadapinya. Selepas itu, perkara yang sudah dijangka berlaku. Dia berterus-terang kepada saya... Kisah yang saya lalui ini, hampir 100% menyamai lirik lagu ini. Lagu yang didendangkan oleh Adam Ahmad. Ramai yang tahu lagu ini.

Wajahmu
Seindah serinya pelangi yang indah
Seharum mawar putih segar berkembang
Wajahmu
Mengapa sering terbayang dimataku
Sehingga terbawa didalam mimpiku

Sayangku
Tahukah kau didalam hatiku ini
Tersimpan perasaan cinta nan suci
Kau bunga
Ingin kusuntingmu menjadi milikku
Lantas kuabadikan dalam jiwaku

Sayangnya
Harapan yang selama ini kubawa
Hancur berkecai musnah jua akhirnya
Semuanya bagaikan sebuah mimpi

Kau pergi jua
Setelah cinta ku kini membara
Belum sempat kucurahkan kasihku
Kau pergi tak kembali...

Biasanya, apabila saya mengalami kesedihan yang teramat sangat, saya berzikir dan beristighfar. Cara ini memang berkesan tetapi perlu dilakukan dengan sabar dan berterusan. Saya akan segera memujuk hati yang terluka secepat yang mungkin agar tidak mengganggu aktiviti kehidupan sehari-harian. Luka di tangan boleh dilihat, luka di hati, siapa yang tahu? Tuhan saja yang tahu.

Selepas itu, saya bermuhasabah diri dan menganalisis mengapa perkara ini berlaku. Mungkin baginya, diri ini tidak sesuai dengan cita rasanya. Tapi tidak mengapa. Saya tahu, semua ini ada hikmahnya. Sesuatu yang saya dapat daripada peristiwa ini, kasih sayang Tuhan itu melebihi segala-galanya. Walaupun berulang-kali saya bertaubat, kemudian memungkiri taubat itu, namun, Dia masih memberi peluang kepada saya untuk hidup di muka bumi ini. Betapa hinanya diri ini.

Sekarang ini, saya berusaha membina jiwa yang kuat supaya sentiasa berpaut pada-Nya. Ianya bukanlah suatu usaha yang mudah. Memerlukan mujahadah yang kuat dan beristiqamah dalam melakukan apa yang perlu. Setiap kali selepas. solat, saya bermohon kepada Allah Subhanahu Wa Ta`ala agar dikurniakan jiwa yang kuat, aman dan tenteram. Alhamdulillah, hati saya sudah gak tenteram di kala ini. Walaubagaimanapun, tidak dinafikan bekas daripada peristiwa lalu masih wujud sedikit.

Walau apa pun, saya perlu menerima hakikat bahawa saya tiada jodoh bersamanya. Saya bersyukur kerana masih ada yang sayang diri ini, iaitu Allah... Saya juga berterima kasih kepada rakan-rakan yang membantu saya dalam mengharungi semua ini...SK

:: Notification ::

Tuesday, December 2, 2008
Oleh sebab page saya mengalami masalah yang tidak dapat dikesan, layout telah ditukar kepada yang baru...

Kemaman Supply Base Trip (KSB 2008 - 23 hingga 27 Nov )

Monday, December 1, 2008
5 hari di Kemaman. Membuat lawatan ke syarikat-syarikat minyak pilihan. Lawatan ini adalah program tahunan bagi kursus Kejuruteraan Petroleum UTM bagi pelajar tahun 3. Sedar tidak sedar, sudah masuk tahun 3. Pantas benar masa berlalu.

Syarikat pertama yang kami lawat adalah Halliburton. Halliburton adalah syarikat perkhidmatan (service company).
Oleh sebab kamera saya tidak ada gambar di syarikat ini, contact card pun jadilah. Hehe. Gambar-gambar yang lain ada di kamera kawan saya.

Syarikat kedua yang kami lawati adalah Schlumberger. Ini juga service company. Syarikat ini memang bagus. Susah nak masuk, tetapi senang kena pecat. So, sesiapa yang kerja di syarikat ini memang oran-orang yang bagus.
Gambar tepi pokok... Boleh la...

Syarikat seterusnya adalah Scomi Oiltools. Scomi.... orang Malaysia mesti kenal syarikat ini. Hehe.

Besar papan tandanya, tapi huruf 'C' tertutup pula.

Syarikat yang terakhir adalah Dimension Bid, service company bumiputera.Kecil pula papan tandanya... Huhu.

Sebelum kembali ke UTM, kami melawat ke PETRONAS CARIGALI SDN. BHD. Anak syarikat PETRONAS yang bertanggungjawab dalam eksplorasi dan produksi petroleum. InsyaAllah nanti saya akan berkhidmat di syarikat ini. Doakan saya! Aamiin...


Gambar ini diambil di galeri PETRONAS CARIGALI

Pada hari ketiga, kami pergi berkelah ke Pantai Teluk Mak Nik. Program sampingan... Huhu.

Poyo pula gambar ini. Ahaha...

Kemeja yang saya pakai ini adalah kemeja rasmi semasa lawatan. Hehe. Ada rupa James Bond tak? Cuma tiada senapang je. Ahaha...

Uthmani - 2 - Sang Penakluk & Constantinople (1)

Tuesday, November 11, 2008
Constantinople - sebuah kota yang pernah disabdakan oleh Nabi Muhammad SAW. :

"Kota Constantinople akan jatuh ke tangan Islam. Pemimpin yang menaklukinya adalah sebaik-baik pemimpin dan pasukan yang berada di bawah komandonya adalah sebaik-baik pasukan"
(Hadith riwayat Ahmad bin Hanbal)

Oleh itu, beberapa usaha telah dilaksanakan oleh sahabat-sahabat Nabi dan beberapa pemerintah kerajaan Islam untuk merealisasikan hadith ini. Antaranya adalah Saidina Ali pada tahun 34 H, Muawwiyah bin Abu Sufian pada tahun 84 H, Sultan Sulaiman pada tahun 91 H, Khalifah Harun Ar-Rasyid pada tahun 165 H dan Sultan Beyazid pada tahun 1391, 1397, dan 1400 H. Namun semua usaha ini gagal.

Constantinople adalah sebuah kota yang dibina di atas 7 buah bukit di tepi Selat Bosphorus. Ia terletak di bawah kerajaan Rom Byzantine. Napoleon Bonaparte pernah menyatakan bahawa: "...kalaulah dunia ini sebuah negara, maka, Constantinople inilah yang paling layak menjadi ibu negaranya". Ia mempunyai kubu yang kukuh dan tebal. Maka, tidak hairanlah jika segala usaha yang dilakukan untuk menguasai kota ini sentiasa menemui kegagalan dan para pejuang kota ini sanggup menggadai nyawa mereka demi mempertahankan kota ini. Ketika zaman pemerintahan Sultan Muhammad, kota Constantinople diperintah oleh Maharaja Constantine yang dibantu oleh Alexsi dan Panglima Ardogan. Baginda adalah seorang pemerintah yang zalim dan sering menindas rakyatnya. Namun, dengan taqdir Allah, kota yang selama ini dipertahankan oleh tentera dan rakyat Constantinople akhirnya jatuh ke tangan Islam di bawah pimpinan Sultan Muhammad Al-Fateh.

Sultan Muhammad Al-Fateh adalah putera kepada Sultan Murad 2. Baginda dilahirkan pada 27 Rejab 835 H bersamaan 29 Mac 1432 M. Syeikh Bayram, penasihat Sultan Murad 2 dan merangkap sebagai ulama menyatakan melalui firasatnya yang benar: "Wahai Sultan Murad, bukan Tuanku yang akan membebaskan kota Constantinople, tetapi anak yang di dalam buaian itu."

Sultan Muhammad dididik dengan ilmu agama dan ilmu peperangan. Ketika menaiki tahkta, baginda berumur 19 tahun. Umur ini adalah terlalu muda untuk menjadi seorang pemerintah, namun baginda dikurniakan kecerdikan sebagai seorang sultan yang berwibawa. Semasa pemerintahan baginda, baginda dibantu oleh Khalil Pasya yang memegang jawatan Perdana Menteri dan Panglima Tharhan sebagai ketua tentera merangkap bapa saudara kepada Sultan Muhammad, Syeikh Bayram dan anak muridnya Syeikh Syamsuddin Al-Wali yang merangkap sebagai ulama dan penasihat sultan.

Pada suatu ketika, Maharaja Constantine telah menghantar Panglima Ardogan sebagai utusan kepada orang-orang Yunani di Orland. Tujuannya adalah ingin menghasut mereka supaya melakukan pemberontakan terhadap pemerintahan Kerajaan Uthmaniyyah. Orang-orang Yunani tidak berpuas hati di bawah kerana mereka mahu memerintah kawasan mereka sendiri. Bagi menyempurnakan rancangan Maharaja Constantine, orang-orang Yunani telah dibekalkan senjata dan latihan ketenteraan bagi tujuan pemberontakan. Pemberontakan ini adalah untuk melemahkan Kerajaan Turki Uthmaniyyah agar mudah untuk Maharaja Constantine mengalahkan Kerajaan Uthmaniyyah. Setelah berita pemberontakan orang-orang Yunani di Orland, Sultan Muhammad bergerak ke Orland dengan pasukan tenteranya. Setibanya di Orland, para pemberontak telah melarikan diri kerana mereka takut untuk berhadapan dengan tentera Uthmaniyyah.

Bagi menghadapi sebarang kemungkinan peprangan dengan tentera dari Constantinople, Sultan Muhammad telah membina tembok di sekeliling kota yang diigelar Rumeli Hisarri. Tembok ini asalnya dibina pada sebelah siang dan kerja-kerja pembinaan di tangguhkan menjelang malam. Maharaja Constantine yang menyedari hal ini telah bertindak dengan menghantar 1000 orang tentera berbekalkan penukul besi bagi merobohkan tembok itu. Usaha ini berjaya dan menimbulkan kemarahan sultan. Setelah itu, sultan memerintahkan kerja-kerja pembinaan dilakukan semula siang dan malam serta dikawal oleh tentera. Maharaja Contantine sekali lagi cuba merobohkan tembok itu tetapi para tenteranya telah diserang hendap oleh tentera Uthmaniyyah. Maka, ramai yang terkorban dan ada ditawan.

Kemudian, persediaan peperangan secara besar-besaran bagi menawan kota Constantinople dilakukan oleh Sultan Muhammad. Sultan Muhammad memerlukan senjata baru yang dapat merobohkan tembok kota Constantinople. Senjata tersebut adalah meriam. Meriam adalah suatu senjata yang sangat baru pada ketika itu dan belum pernah dimiliki oleh mana-mana angkatan tentera. Bagi menyempurnakan tugas membuat meriam, khidmat orang Yunani bernama Urban diperlukan. Urban dipenjara dipenjara di Constantinople kerana tidak mahu bekerjasama dengan Maharaja Constantine untuk membuat meriam. Beliau disiksa agar memberi kerjasama. Bagi membebaskan Urban, Kerajaan Uthmaniyyah merisik di mana kedudukan penjara Urban dengan menghantar 'spy' sebagai pedagang. Setelah itu, terowong dibina hingga sampai ke penjara Urban bagi membebaskannya. Apabila Maharaja mendapat tahu Urban telah hilang dari penjara, baginda sangat murka. Bagi menggempur tentera Constantine, seramai 250,000 tentera pilihan melakukan latihan ketenteraan di Pulau Magnesia. Para tentera dilatih agar mahir di medan peperangan. Disamping itu, persediaan rohani juga dibekalkan.

Bersambung...SK

:: Examination Mode - Numerical Method ::

Monday, November 10, 2008
Exam NM sebentar tadi, sungguh meletihkan. Tidak dapat dijawab dengan lengkap dan sempurna. Begitu juga rakan yang lain. Bagi saya ia adalah satu subjek yang sangat melecehkan. Banyak sangat nombor. Kesilapan mudah berlaku. Namun, aku sudah berusaha dab yang tinggal hanya doa dan tawakkal...SK

Uthmani - 1 - Pengenalan

Friday, November 7, 2008
Kerajaan Uthmaniyyah adalah salah satu kerajaan Islam yang paling unggul pernah wujud di muka bumi ini. Sejarah telah mencatatkan betapa hebatnya kerajaan Islam ini dengan dipimpin oleh para pemimpin yang bertaqwa. Para pemimpin tersebut telah memimpin dengan penuh bijaksana sehingga dapat menakluk sebahagian besar daripada negara yang wujud dimuka bumi ini pada ketika itu. Antara tokoh yang terkenal dalam lipatan sejarah Kekhalifan Uthmaniyyah adalah Sultan Muhammad Al-Fateh yang telah menakluk Kota Constantinople. Tokoh-tokoh yang lain pula adalah Sultan Sulaiman Qanuni, Sultan Bayazid 1 & 2, Sultan Salim 1 dan ramai lagi. Kepimpinan kerajaan ini dibantu oleh Syeikh Bayram dan anak muridnya Syeikh Syamsudin Al-Wali yang bertindak sebagai ulama. Selain itu kerajaan ini dibantu oleh Khairuddin Barbarosa, Qalj Ali dan ramai lagi. Kehebatan Kerajaan Islam Uthmaniyyah menjadikan ia sebuah kerajaan yang disegani dan ditakuti musuh Islam yang sekian lama menaruh dendam dan benci terhadap Islam. Namun, setelah beberapa lama memerintah, kerajaan ini mula meruntuh disebabkan tipu daya musuh-musuh Islam dan jauhnya hati para pemimpin daripada Tuhan. Salah seorang yang menjadi penyebab hancurnya Kerajaan Uthmaniyyah adalah Mustafa Kamal At-Turk.

Kerajaan Islam Uthmaniyyah bermula daripada terbentuknya Kerajaan Saljuk yang berpusat di Kota Baghdad di Iraq. Kerajaan Saljuk meliputi wilayah Khurasan, Turkistan, Iran, Iraq, Syam, dan Asia Tengah. Kerajaan Saljuk pernah diserang dan dikalahkan oleh tentera Mongol yang diketuai oleh Gengis Khan.  Apabila Kerajaan Saljuk pimpinan Sultan Alaudin berperang dengan tentera Rom, sebuah kabilah Turki di bawah pimpinan Ertoghul telah menyebelahi Sultan dan berjaya mengalahkan tentera Rom. Sebagai pembalasan, Sultan Alauddin menganugerahkan sebuah wilayah di sebelah barat Anatolia kepada Ertoghul untuk diperintah. Setelah Ertoghul mangkat, beliau digantikan dengan anaknya yang bernama Uthman. Sultan Uthman memerintah dengan bijak dan berjaya menakluki kawasan sekitar wilayahnya atas perkenan Sultan Aluddin. Pada tahun 1300 Kerajaan Saljuk telah diserang oleh tentera Mongol sekali lagi. Kemudian is disusuli oleh kemangkatan Sultan Alauddin dan menyebabkan kerajaanya berpecah-belah. Oleh itu, Sultan Uthman berusaha untuk menyatukan semula wilayah-wilayah yang telah berpecah itu. Kekejaman tentera Mongol telah digambarkan oleh Ibnu Kathir dalam riwayatnya:

"Mereka datang menyerbu Baghdad, membunuh sesiapa saja yang boleh mereka bunuh, baik lelaki , wanita, kanak-kanak, orang tua, dan remaja. Oleh sebab ketakutan, banyak orang telah bersembunyi di  dalam  perigi, tempat-tempat binatang buas, tempat-tempat kotor atau mereka langsung tidak berani keluar dari rumah. Terdapat sebahagian daripada mereka bersembunyi di dalam kedai dan menutup pintu. Namun, pasukan Mongol membuka pintu dengan  kekerasan, baik dengan cara memecahkan ataupun dengan membakar. Kemudian mereka masuk ke dalam kedai-kedai tersebut dan menyeret orang-orang yang bersembunyi ke atas bumbung rumah dan dibunuh sehingga mengalirkan darah yang deras. Inna Lillahi Wa Inna Ilaihi Raji'un. Begitu juga orang-orang yang bersembunyi di dalam masjid, tempat-tempat pertemuan semuanya dibunuh. Tiada yang selamat kecuali dari kalangan Ahli Dzimmah, iaitu orang-orang Yahudi dan Kristien serta orang-orang yang meminta perlindungan daripada mereka."

Setelah kemangkatan Sultan Uthman, baginda digantikan dengan anaknya Sultan Orkhan bin Uthman. Sultan Orkhan telah menjadikan Bursa sebagai pusat pemerintahan Kerajaan Uthmaniyyah dan membentuk sebuah angkatan tentera bergelar Al-Inkisyariyyah atau di barat disebut sebagai Jannissary. Selama baginda memerintah, jajahan takluk telah diluaskan meliputi Nicomedia, Nice, dan beberapa negeri Asia. Para Sultan yang mendukung Kerajaan Uthmaniyyah setelah kemangkatan Sultan Orkhan adalah Sultan Murad I, Sultan Bayazid I, Sultan Muhammad II, Sultan Murad II, Sultan Muhammad Al-Fateh (Muhammad The Conquerer), Sultan Bayazid II, Sultan Salim II, Sultan Sulaiman Qanuni ( Sulaiman The Magnificient),  Sultan Salim II, Sultan Murad III, Sultan Muhammad Khan III, Sultan Ahmad I dan ramai lagi.

Begitulah sejarah ringkas permulaan Kerajaan Uthmaniyyah....SK

:: Examination Mode ::

Thursday, November 6, 2008
Rata-rata pelajar di seluruh pelusuk IPTA & IPTS di Malaysia sedang menghadapi peperiksaan kala ini. Begitu juga yang berada di seluruh penjuru dunia. Kepada rakan-rakan, saya doakan agar kita dikurniakan kecemerlangan dalam semua peperiksaan kita. Marilah kita bersama BERUSAHA-BERDOA-TAWAKKAL!!!...SK 

Latihan Industri (LI)

Wednesday, October 29, 2008
Sekarang ini minggu ulang kaji. Walaubagaimanapun, aku sibuk menghantar resume untuk latihan industri, terutamanya untuk memohon latihan di PETRONAS. Agak mencabar juga dalam memohon LI ini. Talian internet yang lambat membuatkan saya agak tertekan. Namun, saya tetap bersabar. Saya yakin, ada hikmah yang tersembunyi yang Allah saja tahu rahsianya. Semoga Allah memberkati usaha saya dan memberikan saya LI yang terbaik.

"Sesungguhnya Allah bersama-sama dengan orang yang sabar"...SK

Ampuni Diriku...

Thursday, October 23, 2008
Apabila kita bersahabat dan berkawan, pasti ada terlanjur bicara. Kita hanya insan biasa yang tidak terlepas daripada segala dosa-dosa. Wahai kawan-kawan, sahabat-sahabat sekalian, di kesempatan ini, saya ingin meminta maaf atas segala salah silap selama kita mengenali antara 1 sama lain. Saya tahu, kadang-kadang saya memang melampau dalam bertutur kata, terkasar perbuatan... Kepada yang pernah saya menyusahkan hidup anda, saya betul-betul minta maaf. Sebenarnya, saya 'disappeared mode' sebab saya rasa saya banyak dosa dengan orang, banyak dosa dengan Allah... Muhasabah diri. Saya mahu berubah... Kepada yang banyak membantu saya, terima kasih banyak-banyak. Kepada yang tidak dapat memaafkan saya, saya merayu agar diri ini dimaafkan. Tolong sangat-sangat... Saya betul-betul mahu berubah kepada yang lebih baik...
Ya Allah, ampuni diriku ini,
Yang sering leka dengan dosa-dosa,
Tidak kuterdaya menahan siksa-Mu,
Ya Allah pimpini diriku...

Seandainya kupergi dulu,
Kuharap keampunan seluruh semesta...SK

:: Appeared Mode - All New Alchemy ::

Wednesday, October 22, 2008
Setelah beberapa hari menghilang, saya kembali dengan blog berwajah baru!!! Menghampiri hujung semesta, saya sibuk dengan tugasan-tugasan yang perlu disiapkan. Peperiksaan akhir juga hampir tiba. Walaupun sibuk, kewajipan sebagai seorang insan bergelar hamba Allah tetap perlu diutamakan. Semoga Tuhan mempermudah urusan-urusan hidup saya dan anda sekalian. Marilah kita berdoa untuk kejayaan hidup di dunia dan akhirat. Aamiin... Kepada rakan-rakan dan sesiapa sahaja yang akan menghadapi peperiksaan, semoga cemerlang hendaknya. Kepada rakan-rakan yang sentiasa memberi pertolongan, mendengar rintihan saya, memberi nasihat kepada saya, terima kasih yang tidak terhingga. Allah sahaja yang dapat membalas jasa-jasa baik anda... SK

:: Disappeared Mode ::

Sunday, October 19, 2008
...............................................................................................................................................

FE & RE

Friday, October 17, 2008
Dah 2 minggu lbih kalo xsilap bergelumang dengan 2 mende nih. Pening kepale dibuatnye. Tp mesti ade yang tertanye, ape FE tu? Ape RE tu? Boleh dimakan ke? Ke name orang? FE = makcik Fatimah Enteng yang jual nasi lemak tu ke? RE = pakcik Rahman Embong sebelah rumah ke? Haha... Sbnrnye FE stands for formation evaluation and RE stands for reservoir engineering. haa... clear x? Ekceli kene buat assgmnt pasal 2 subjek ni. Saya nak kongsi dengan korang sume sesuatu yang menarik regarding these 2 subjects...

Subjek FE dipelajari utk kita detect kat mane ade hydrocarbon melalui log. Data log ni kita dpt dengan memasukkan alat ke dalam telaga yang telah digerudi. Kat bawah ni contoh header log



Sbnrnye log ni panjang lagi. Saya nk kongsi part yang best. Cube tgk 1 of the part of this log in the box.



Itu menunjukkan di dalam telaga itu terdapat gas. Kat bwah ni formula kira jumlah gas. Subjek RE pon gne rumus ni gak:

Gas in place = 43560 * A * h * Ø * (1 - Sw)/Bg


Cube tgk part ni pulak...



Ini menunjukkan terdapatnye minyak... formula kire minyak lebih kurang je dgn gas, tp ade beza sket.
Oil in place = 7758 * A * h * Ø * (1 - Sw)/Bo

Beginilah sedikit sebanyak saye kongsi ilmu pasal petroleum engineering. Kalo tak faham xpe. Saje nak share dgn korng. Kalo nak tahu lebih lanjut bleh tanye saye ataupon cr maklumat dimane saje. Sebenrnye minyak yang ade dalam perut bumi tu ade dalam batu yang berliang. Biasenye batu pasir. Batu kapur pon ade juge. Dulu saye ingat ade kolam ke bawah bawah tanah... Logiknye kalo ade kolam minyak bawah tanah, konfemla tanah yang kat atas tu tenggelam. Huhu... SK

Kesedihan dalam Kesabaran...

Wednesday, October 15, 2008

Setiap Kali...

Setiap kali mendapat nikmat,
Jarang kusedari itu pemberian-Mu,
Terkadang rasa itu kerana,
Segala usaha dan penat lelahku sahaja.

Setiap kali ditimpa musibah,
Kumengeluh risau bertambah gelisah,
Hingga terlupa pada-Mu Allah
Tempat kembali segala masalah.

Oh Tuhan, yang Maha Penyayang,
Leraikanlah Aku dari keluh-kesah,
Yang membelenggu jiwa dan fikiran,
Ditambah dengan dengan hasutan syaitan.

Kurniakanlah kepadaku ketabahan,
Singkapkanku hikmah segala ketentuan,
Moga sinar-Mu berikanku pedoman,
Hanya pada-Mu segala ketetapan.

Seandainya diri ini,
Mampu meraih cinta dan keredhaan-Mu,
Seandainya akulah insan yang terpilih,
Pimpini hidupku...

:: Citra Cinta ::

"I love u sayang..." Luah Karman. "I love u too..." balas Jijah.

Ungkapan di atas adalah contoh bagi kebanyakan insan yang bertapak di alam percintaan yang dipenuhi dengan bungan-bunga asmara. Cinta itu adalah fitrah insani yang dikurnia Tuhan kepada makhluknya. Kadang-kala cinta hadir tanpa diundang. Apabila cinta bertandang, ia sukar ditendang. Hehe...

Jika diperhatikan gelagat insan bercinta di zaman ini, kebiasaannya berlandaskan hawa nafsu semata. Jalan berkepit sini sana, tidak peduli apa orang bicara, berpakaian ketat bak bungkusan nangka, tunggang motor keliling malaysia, asal hidup bahagia bersama. Huhu... Cinta yang tidak dibatasi dengan iman dan niat yang tidak betul, beginilah hasilnya. 

Berkenaan lafaz cinta yang diungkap bagi pasangan yang dilamun cinta melalui SMS, internet atau surat secara fizikalnya tidaklah salah. Mungkin niat asal hanya ingin meluahkan rasa sahaja. Namun, apakah jaminannya ia dapat mencegah diri daripada melakukan maksiat tatkala bercinta? Hurm... bukan mudah untuk menahan nafsu tatkala iman rapuh bak kayu yang telah reput. 

Saya ingin memetik salah satu panduan atau contoh yang diberikan oleh Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat. Sekiranya ada seorang wanita yang ingin menyuarakan hasrat hati bahawa dia menyukai seorang lelaki, dia boleh melakukan 'tempahan' terhadap lelaki tersebut. Bagi tujuan ini, pinangan perlu dilakukan. Namun, bagi budaya melayu, ia ibarat perigi mencari timba walhal dalam Islam kaedah ini tiada salahnya. Saya pun mahu melihat kalau-kalau ada wanita yang ingin berbuat demikian. Mungkin saya tidak akan menerima tetapi apa yang saya mahu lihat adalah perigi mencari timba. Hehehehehe.... Salah satu  panduan yang lain adalah, Sabda Nabi SAW:

"Dikahwini wanita itu (untuk dijadikan isteri) kerana empat perkara iaitu harta kekayaannya, keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Maka utamakanlah (dalam pemilihanmu itu) wanita yang kuat beragama, nescaya sejahtera hidupmu” 
(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Terdapat 4 elemen untuk menyunting bunga di taman larangan dan elemen yang paling penting sekali adalah pegangan agamanya. Apalah maknanya jika rupa yang cantiktetapi berakhlak syaitan, apalah gunanya berharta mewah tetapi papa budipekerti, tiadalah maknanya berketurunan mulia hanya untuk berbangga-bangga...

Bagaimana pasangan pilihan anda? Boleh dikongsikan bersama. Wanita pilihan saya adalah, sudah tentu yang paling utama agamanya kerana, "...nescaya sejahtera hidupmu”. Senantiasa taat akan perintah Allah setiap masa dan setiap ketika. Selain itu, senang hati mata memandang. Tidak kisah rupanya bagaimana. Dia juga boleh menerima diri saya seadanya dan senantiasa menegur saya jika terdapat sesuatu tidak sepatutnya saya lakukan. Di samping itu, dia boleh menjalankan tanggungjawab sebagai seorang isteri dan ibu dengan baik dalam apa jua keadaan apabila sudah berkahwin. Senantiasa memberi sokongan pada suami selagi si suami tidak melakukan perkara-perkara yang dilarang oleh Allah SWT. Begitulah lebih kurangnya pilihan hati saya. Hehe... Tapi... siapakah wanita yang bertuah ini? Adakah anda? Ahahaha...

Soal memilih jodoh yang ideal dalam hidup ini sangat penting kerana ia akan menentukan kebahagiaan rumah tangga seseorang. Walaubagaimanapun, memilih itu biarlah berpada-pada kerana tiada insan biasa yang sempurna di dunia ini. Apa yang boleh dilakukan adalah pasangan yang berumah tangga adalah saling membantu dalam memperbaiki kelemahan masing. Hmm... macam hebat sangat pula nak cerita benda-benda ini. Ahahaha...

Cinta yang paling agung adalah cinta kita terhadap Al-Khaliq. Jika kita mencintainya, cinta itu akan terus bersemi sampai bila-bila. Apabila kita mencintai-Nya, segala suruhannya akan kita lakukan dengan bersungguh-sungguh. Kadang-kala kita mendengar apabila pasangan bercinta bermadah,

"Akan kurenang lautan berapi demi cintaku padamu" 
"Biarpun jasadku hancur dikandung tanah, namun cintaku padamu tetap bersemi selamanya"

Walaupun hakikatnya tidak akan sanggup untuk berenang lautan berapi sedangkan terkena bara api pun tidak tertahan. Huhu... Oleh itu, marilah sematkan di dalam hati kita perasaan cinta akan Allah yang bersifat kekal...SK 

"Cinta pada bunga, kan layu akhirnya,
Cinta pada harta, kelak kan musnah binasa,
Akhirnya...
Cinta pada manusia, takkan kekal selamanya,
Cinta Ilahi, tulus suci dan abadi,
Harum mewangi...."

Rapuh

Tuesday, October 14, 2008
Kehidupan di dunia menjanjikan pelbagai sajian nikmat kurniaan Tuhan Semesta Alam yang tidak terhingga banyaknya. Walaubagaimanapun, nikmat dunia itu bukanlah sesuatu yang kekal abadi tetapi nikmat syurga itulah yang kekal abadi. Ini tidak bermaksud kita perlu untuk mengabaikan dunia untuk akhirat tetapi kita memerlukan dunia sebagai wasilah untuk menuju keakhirat. Malah, kita disuruh untuk mensyukuri segala nikmat pemberian Tuhan. Allah berfirman:

"Syukurlah terhadap nikmat Allah jika kamu sungguh-sungguh menyembah kepada Nya." - (Surah an-Nahl, ayat 144)

"Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras." (Surah Ibrahim 14 : 7)
Sabda Nabi:

 "Siapa yang tidak bersyukur dengan benda yang sedikit, dia juga tidak akan bersyukur dengan benda yang banyak. Siapa yang tidak mensyukuri manusia, bererti dia juga tidak mensyukuri Allah. Memperkatakan nikmat Allah adalah tanda syukur, dan mengabaikannya adalah kufur. Berjemaah itu dirahmati, sedangkan berpecah belah itu mengundang azab."

(Riwayat Ahmad dalam Musnad Ahmad pada bab Awal Musnad Ahli Kufah: Baki Hadis al-Nu'man bin Basyir r.a.)

Namun begitu, sifat manusia yang suka mengikut hawa nafsu telah menyebabkan kita lupa untuk mensyukuri nikmat-nikmat Allah ini dan berlebih-lebihan dalam perkara dunia. Kebanyakan kita sering lalai dan tertipu dalam mengharungi kehidupan yang penuh dengan tipu daya ini. Ini menyebabkan kebanyakan manusia lemas dalam arus dunia.
Saya memberi contoh seperti diri saya sendiri. Saya mengetahui perkara itu salah di sisi Allah. Oleh sebab kealpaan sebagai hamba Allah yang hidup di muka bumi ini, saya tetap melakukan perkara tersebut. Walaupun sudah banyak kali bermunajat memohon taubat, tetap mengulangi perkara yang sama. Di manakah silapnya? Selain itu juga, kadang-kala saya melihat orang lain mempunyai pakaian yang cantik, saya juga ingin pakaian yang cantik. Apabila sudah iri hati, maka pembaziran berlaku untuk perkara yang tidak sepatutnya dibelanjakan. Astaghfirullahal `Azim... Sekali lagi, di manakah silapnya.
Setelah membuat analisis, saya mendapati mungkin iman saya terlalu rapuh untuk menghadapi semua ujian ini. Padahal, seperti mana yang diketahui, Tuhan tidak akan membebankan hamba-hambanya dengan sesuatu yang tidak tertanggung. Allah berfirman:

"Allah tidak membebankan seseorang melainkan dengan kesanggupannya..." (Surah Al-Baqarah, Ayat: 286)

Oleh itu, saya perlu menganalisis dengan lebih terperinci tentang punca-punca kelemahan iman saya. Walaubagaimanapun, saya berdoa kepada Allah ditetapkan iman dalam mengharungi kehidupan yang penuh cabaran ini. Saya berdoa juga supaya dijauhkan daripada dosa-dosa besar.

Kita perlu mengetahui, iman yang sangat rapuh akan mejerumuskan diri ke lembah maksiat yang besar.  Contohnya, apabila iman lemah, kita akan mudah iri hati. Kemudian kita akan mencari apa jua cara bagi memenuhi kehendak hati seperti mencuri. Jika ada yang lebih teruk, mungkin hingga ke tahap membunuh. Na`uzubillahi Dzalik...
Oleh itu, saya menyeru diri saya dan para pembaca sekalian, marilah memperbaiki diri dan jika iman kita rapuh, marilah kita kukuhkan bersama. Jangan kita leka dengan nikmat dunia yang sementara dan tidak membawa faedah langsung di akhirat. Gunakan nikmat yang diberi Tuhan sebaik yang mungkin sebagai jalan menuju ke alam yang kekal abadi. Kita perlu kembali kepada tujuan kita hidup di dunia ini, iaitu untuk beribadah kepada Allah. Tuhan tidak mahu melihat berapa banyak harta yang kita kumpul, berapa tinggi pangkat yang kita ada, tetapi Tuhan mahu melihat siapakah amalannya lebih baik. 

Proses pengislahan atau pembaikan diri memerlukan kesabaran yang tinggi. Ia perlu dilakukan berperingkat-peringkat. InsyaAllah dengan berkat kesabaran dan niat yang tulus untuk berubah, pasti akan berjaya. Orang yang beriman tidak akan terbukti imannya selagi dia tidak diuji. Kita mempunyai akal untuk berfikir, maka fikirkanlah kehidupan kita di akhirat kelak. Saya menasihati kita semua agar membetulkan niat dalam kehidupan ini. Semoga Allah memberkati, merahmati, dan memakbulkan hasrat bagi insan yang mahu berubah menjadi yang lebih baik...SK

Malaysia dan Politik Semasa

Friday, October 10, 2008
8 Mac 2008, selepas solat isyak, saya pergi ke bilik kawan saya untuk menonton Tv3. Ketika itu hari sabtu, bukan mahu menonton Majalah 3, tetapi siaran langsung keputusan Pilihan Raya Umum Ke-12 (PRU12) Malaysia. Pada saya, inilah antara keputusan PRU yang paling menarik pernah saya saksikan di televisyen. Walaubagaimanapun, saya juga mengikuti keputusan PRU yang tidak rasmi di laman web Malaysiakini.com. Banyak keputusan yang yang tidak dijangka telah terhasil. Oleh sebab mengantuk, saya menonton tv hingga tertidur dan bangun semula. Walaupun siaran tamat pada pukul 3, tetapi keputusan penuh PRU 12 belum sempurna. Pada keesokan harinya saya mengikuti perkembangan PRU 12 di internet.

Keputusan yang boleh dikatakan menarik sepanjang perjalanan PRU di Malaysia. Tsunami politik telah berlaku di mana 5 negeri telah ditawan oleh parti pembangkang atas nama Pakatan Rakyat (PR). Ia mengakibatkan Kerajaan Barisan Nasional (BN) kehilangan majoriti 2/3. Terdapat parti-parti komponen BN yang hampir kalah di semua kerusi dan ada juga yang kalah dalam semua kerusi yang ditandingi.

7 bulan sudah berlalu selepas PRU 12 berakhir. Dengan 82 orang pembangkang yang menduduki kerusi parlimen daripada 222 kerusi, ia menjadi satu sejarah yang terukir dalam perjalanan sejarah Malaysia. Namun, kita menyaksikan pelbagai peristiwa yang berlaku sepanjang tempoh 7 bulan ini. Saya tidak tahu apa lagi perkara yang akan berlaku pada masa akan datang. Sebagai rakyat Malaysia, saya mengharapkan negara ini sentiasa dalam keadaan aman dan sejahtera dengan limpahan rahmat dan berkat daripada Allah Ta'ala.

Risau betul mengenang masa depan yang tidak siapa ketahui kecuali Allah... huhu...SK

Emas Hitam

Emas hitam boleh juga dirujuk sebagai minyak. Bukan minyak gamat, minyak urut, minyak sapi, minyak bijan, dan sebagainya tetapi yang dimaksudkan adalah minyak yang terhasil daripada galian petroleum. Mengapa emas hitam? Kerana minyak adalah antara benda yang sangat berharga sebagaimana kita tahu betapa berharganya emas. Lebih kurang begitulah analoginya. Suka saya mahu bercerita topik ini sebab saya mengambil kursus kejuruteraan petroleum.

Seperti yang umum ketahui, produk daripada petroleum ini banyak kegunaannya terutamanya petrol dan diesel yang digunakan sebagai bahan bakar bagi kenderaan. Pergi sajalah ke mana-mana pun, semua kenderaan menggunakan produk-produk daripada petroleum ini.

Ketika Jun 2008, harga minyak global hampir mencecah USD150 setong ( 1 tong = 42 gelen = 1.589873 x 10^5 cm^3). Kenaikan harga minyak global ini menyebabkan banyak negara di seluruh dunia menaikkan harga minyak bagi menampung kesan kenaikan harga global ini. Kalau kita melihat Malaysia, kerajaan menaikkan harga minyak sebanyak 78 sen/liter atau 40% daripada harga asal ketika itu.

Menurut pengetahuan saya yang tidak seberapa ini, perkembangan industri di China dan India terutamanya berkembang dengan deras mengakibatkan permintaan bahan bakar ini semakin meningkat. Kalau permintaan sudah banyak, maka harga pun naik. Sebab yang lain adalah tersebarnya spekulasi-spekulasi yang negatif tentang sesuatu perkara yang menyebabkan harga minyak melambung. Kadang-kala ia sengaja disebarkan oleh pihak-pihak tertentu untuk mengaut keuntungan yang berlipat kali ganda. Ini menyebabkan banyak negara terpaksa menaikkan harga minyak domestik dan memberi kesan kepada kadar inflasi di negara masing-masing terutamanya negara-negara yang mundur dan mengalami masalah ekonomi. Sudahlah negara miskin, harga barang naik pula bukan 1 sen, penderitaan datang 'berbesin-besin' . Sungguh kejam mereka yang tamak itu.

Kalau kita melihat senario di Malaysia ketika harga minyak naik mendadak, orang mahu membeli kereta pun fikir banyak kali. Elok-elok mahu beli Persona, terpaksa membeli Kelisa, second-hand pula tu. Ada juga yang beralih ke pengangkutan awam. Kesannya penggunaan pengangkutan awam pun naik mendadak. Apabila harga minyak naik, biasanya satu 'tindakbalas berantai' akan berlaku. Harga barangan lain turut naik... Orang miskin yang selama ini berjimat-cermat pun sudah tidak tahu apa lagi yang perlu dijimatkan. Pinggang-pinggang mereka semakin ramping. Tidak perlu pergi ke spa ataupun menggunakan produk-produk kecantikan. Sangat efektif pula tu.

Saya teringat kata-kata Presiden Petronas, Tan Sri Hassan Merican, terdapat pekerja-pekerja Petronas yang kadang-kadang dipersalahkan atas kenaikan harga minyak. Kasihan... Saya terfikir, inikah nasib saya pada masa akan datang??? Kita perlu tahu, turun naiknya harga minyak domestik bukannya ditentukan oleh Petronas. Petronas hanya diamanahkan untuk mengurus petroleum negara sahaja. Kerajaanlah yang berkuasa menaikkan harga minyak mengikut keadaan semasa kerana dikatakan tidak dapat menampung beban subsidi minyak yang tinggi. Sekiranya subsidi hanya ditumpukan pada minyak sahaja, peruntukan untuk pembangunan, pendidikan, pertanian, dan lain-lain akan berkurangan dan memberi kesan kepada pembangunan negara. Begitulah lebih kurangnya penjelasan kerajaan.

Jadi, kalau kita mahu bukan saja harga minyak terkawal, malah juga barang lain-lain terkawal, kita, terutamanya umat Islam perlulah kembali kepada Ad-dinul Islam. Kembalikan Daulah Islamiyyah supaya kita dapat membentuk sebuah masyarakat yang berteraskan Islam yang senantiasa membela keadilan sejagat. Walaubagaimanapun, ia bukanlah suatu yang mudah. Apa yang perlu dilakukan oleh umat Islam sekarang adalah kita perlu bersatu hati, hindarkan persengketaan sesama kita yang menyebabkab kita menjadi lemah. Sekarang bukanlah masanya untuk kita perjuangkan hukum-hukum Hudud sebagai contoh. Bukanlah saya ingin menentang hukum-hukum ini kerana ini adalah hukum daripada Allah Rab Sekalian Alam. Apa yang perlu diutamakan pada waktu ini adalah dengan memberi kefahaman tentang Islam dengan sebaik-baiknya sama ada untuk umat Islam itu sendiri ataupun kepada bukan Islam juga. Ini untuk mengelakkan fitnah dan juga salah tanggap tentang Islam... Begitulah lebih kurangnya pendapat Profesor Dr. Yusuf Al-Qaradhawi di dalam nukilannya Fiqh Awlawiyyat (Fiqh Keutamaan)...SK

"Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (agama Islam) dan janganlah kamu bercerai-berai dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliah dahulu), lalu Allah menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersatu-padu dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam yang bersaudara dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang Neraka (disebabkan kekufuran kamu semasa jahiliah), lalu Allah selamatkan kamu dari Neraka itu (disebabkan nikmat Islam juga). Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keteranganNya, supaya kamu mendapat petunjuk hidayatNya." (QS 3:103)


Sahabat Remajaku...

Thursday, October 9, 2008
Jika diperhatikan pada zaman yang berlalu, kita akan dapati akhlak remaja kian terhakis. Nilai-nilai murni dalam diri kebanyakan remaja seakan-akan sudah hilang bak debu ditiup angin lalu. Remaja melepak sini sana, pelajaran diabai entah ke mana, sifat saling menghormati sudah tiada, hidup terhina makan sampah merata ibarat manusia tiada jiwa dan akal yang sempurna. Itulah realiti kehidupan remaja alaf baru.

Ibu bapa mana yang sayangkan anaknya akan rela membiarkan hidup anak-anaknya menjadi tiada sempurna seperti kapal di tengah lautan luas , tiada hala tuju yang jelas, ditiup taufan dan dilanda ombak beraliran deras. Oleh sebab itu, walaupun ibu bapa itu tidak mampu menghantar anak-anaknya ke sekolah bagi membina jati diri yang lebih mantap, mereka akan memastikan anak-anaknya terdidik dengan akhlak dan tingkah-laku mulia. Mungkin ibu dan bapa mereka ini beranggapan, biar papa akan harta, asal hidup berakhlak mulia. Bagi remaja yang hidup serba mewah, ibu bapa tidak punya masa yang banyak untuk menghabiskan masa bersama mereka kerana sibuk bekerja. Memanglah kadang-kadang kita menyatakan kerenggangan ibu bapa bersama anak-anak itu salah satu punca tertancapnya masalah sosial dalam masyarakat tetapi, seorang manusia, iaitu remaja khususnya, yang diberi pendidikan di sekolah sepatutnya boleh berfikir akan baik buruknya sesuatu perkara.

Hati remaja mana yang tidak teruja dengan hiburan-hiburan yang terhidang di hadapan mata dewasa ini? Gangstarz, Mentor, Malaysian Idol, dan lain-lain rancangan realiti televisyen yang tumbuh ibarat tumbuhnya cendawan setelah hujan berlalu ini yang menjadi kegilaan mereka. Budaya hedonisme ini semakin berakar-umbi di dalam jiwa muda-mudi masa kini. Malah, kanak-kanak bawah umur sudah terikut-ikut dengan budaya seperti ini. Kalaulah kanak-kanak pun sudah diracun fikirannya dengan budaya hedonisme, bagaimana keadaannya apabila sudah dewasa? Apakah ini peranan media massa bagi membentuk remaja berkualiti? Apakah para remaja ini tidak tahu memilih hiburan yang sesuai?

Secara dasarnya, bagi saya, Islam Hadhari adalah satu pendekatan yang bagus dalam memberi nafas baru pada ruh Islam yang kian luntur di atas muka bumi ini, khususnya di Malaysia. Saya bukanlah mahu menentang usaha-usaha kerajaan dalam membuat sesuatu keputusan. Kita melihat Masjid Kristal sebagai contoh sebagai salah satu mercu tanda Islam Hadhari. Memang tidak dinafikan ia sangat indah tetapi, pada pendapat saya, apalah kiranya jika wang yang digunakan untuk membina masjid itu disalurkan bagi membentuk modal insan yang seimbang dari segi rohani dan jasmani. Pembinaan masjid yang indah tetapi tiada orang meng`imarahkannya adalah suatu yang sia-sia. Melihat pada situasi sekarang, kita perlu bijak mempertimbang perkara yang perlu diutamakan. Kemajuan dari segi fizikal tidak akan membantu bagi membentuk insan dari sudut rohaniah sekiranya kemajuan itu tidak diiringi dengan pengisian yang secukupnya.

Islam itu indah. Islam itu cukup sempurna. Islam itu adalah cara hidup yang sebenar bagi umatnya. Al-Quran diturunkan sebagai pedoman bagi setiap insan dan ia turun diiring dengan As-Sunnah sebagai pelengkap. Sesiapa yang berpegang teguh dengan dua tinggalan keramat ini, pasti hidupnya selamat di dunia dan akhirat. Nabi Muhammad telah pun bersabda tentang perlunya berpegang pada dua tinggalan keramat ini.

Kepada remaja-remaja, kalaulah dikaji akhlak Nabi Muhammad, sangat indah. Nabi bersabda,
" Sesungguhnya Aku diutus untuk menyempurnakan akhlak." Sesuai dengan firman Allah: "Sesungguhnya pada diri Rasulullah ada akhlak yang baik dan agung "(QS 68:4). Pada ayat lain Allah berfirma, "Sesungguhnya dalam diri Rasulullah ada suri teladan yang baik bagi kaum (yaitu bagi siapa yang mengharap [rahmat] Allah dan [kebahagian] hari akhirat dan banyak menyebut nama Allah" [QS 33:21]). Ada segelintir yang menyatakan, "Aku bukan Nabi." Memang benar kita semua ini bukan nabi. Selepas wafatnya Nabi Muhammad, tiada lagi nabi dan rasul yang diutus Allah. Kalau ada, sah itu adalah orang yang telah terpesong aqidahnya. Cuba kita renungkan kembali, Rasul diutus untuk menyampaikan risalah Tuhan di muka bumi kepada umat manusia ke jalan yang lurus. dan semua itu bukan disampaikan dengan sia-sia. Manusia juga dikurnia akal fikiran yang sempurna untuk berfikir. Jadi, mengapa dengan akal yang ada tidak dimanfaatkan sepenuhnya untuk berfikir tentang perkara ini?

Wahai sekalian saudaraku seagama Islam, khususnya para remaja, marilah kita sucikan hati dengan bertaubat. Marilah bersama mencuci tidak noda yang bersemadi di hati kita semua agar kita dapat melihat kebenaran risalah Tuhan yang telah disampaikan kepada kita semua dari Rasul-Nya. Ingatlah bahawa, biarlah mungkin kita buta mata, tetapi jangan buta hati!...SK

Ayuh para remaja, suburkan jiwa dengan zikrullah, nyalakan semangat jihad menentang hawa nafsu yang bergejolak di dalam hati, sematkan rasa rindu akan syurga Allah. Tatapilah sejarah para Nabi, para Rasul, para sahabat, dan para tabiin sebagai idola dalam kehidupan. InsyaAllah, akan dipermudah mengharungi kehidupan yang penuh pancaroba ini...


Kawan Lama

Thursday, October 2, 2008

Raya pertama, waktu malam, pada kebiasaannya aku akan beraya ke rumah saudara-saudaraku yang lain. Walaubagaimanapun, Tuhan mentaqdirkan aku beraya ke rumah rakan-rakan lama. Setelah 2-3 tahun tidak bersua, macam-macam cerita. 3 rumah saje tapi sembang sampai 1 pagi. kalau diikutkan hati, ingin saja disambung hingga ke subuh. Walau apa pun, beraya kene berpada-pada. Tuan rumah mahu tidur, jadi faham-faham sajalah. Balik rumah! Ahahaha.... Memang tidak dijangkakan untuk beraya di rumah kawan pada malam raya pertama. Aku sangat gembira sebab sudah lama tidak mendengar khabar mereka. Sebenarnya aku sudah kehilangan khabar berita kawan-kawan aku yang dahulu sama-sama sekolah rendah. Kalau boleh mahu saja mencari mereka semua!

Budaya kunjung-mengunjung di hari raya memang sesuatu yang baik. Ia dapat mengeratkan silaturrahim ukhwah sesama manusia. Apatah lagi bagi mereka yang telah lama terpisah dan bertemu kembali. Lagipun, sudah berapa tidak beraya ke rumah kawan-kawan disebabkan cuti raya yang singkat, berjauhan di luar negara, dan sebagainya.

Islam memang menitikberatkan soal persaudaraan. Sabda Nabi SAW,

'Jangan kamu memutuskan hubungan, tidak bertegur sapa, membenci dan berhasad dengki. Jadilah hamba Allah yang bersaudara. Tidak halal bagi seorang Islam tidak menegur saudaranya lebih daripada tiga hari.'
(Riwayat al-Bukhari)

Lebih-lebih lagi umat Islam di zaman sekarang, kita perlu bersatu dalam mengharungi detik-detik zaman yang penuh dengan pelbagai fitnah. Musuh-musuh Islam sentiasa mencari-cari peluang bagi menghancurkan umat Islam. Kita mungkin mempunyai pelbagai pendapat dalam sesuatu perkara akan tetapi kita berkongsi asas Aqidah yang sama. Oleh itu, marilah kita bersatu demi Islam yang tercinta. Marilah bersama menginsaf diri, marilah kita bersatu!...SK

Setanggi Kasih
Album : Qiblat
Munsyid : Rabbani
http://liriknasyid.com


Mari kita nyalakan setanggi kasih yang mewangi
Di seluruh semesta pada sepanjang kembara
Kita akan temui bunga-bunga kebaikan
Hulurkan salam
Bersyukur kepada Tuhan

Hindari kejahatan dengan satu kebaikan
Agar kau kan rasa erti kemanisan iman
Ini setanggi kasih di persada cinta Tuhan
Suburkan cinta kita sesama insan

Tiada selain Tuhan berkuasa mendamaikan
Tiada selain Tuhan yang dapat menyatukan
Pasti kau temui nanti duri-duri permusuhan (kejahatan)
Hadapilah segalanya dengan kesabaran
Dan tempuhilah rintangan dengan keyakinan

Mari kita padamkan nyalaan benci yang membakar
Di sepenuh buana pada seluruh manusia
Kita akan sedari titik-titik persamaan
Taburkan damai
Bersyukur kepada insan

Hindari kejahatan dengan satu kebaikan
Agar kau kan rasa erti kemanisan iman
Ini setanggi kasih di persada cinta Tuhan
Suburkan cinta kita sesama insan

Hulurkan salam
Bersyukur kepada Tuhan


Kesyukuran dalam Kemeriahan

Wednesday, October 1, 2008
Allahu Akbar (3x) Laailaaha Illallahu Wallahu Akbar, Allahu Akbar, Walillaahilhamd.

Bergema takbir di subuh yang hening, menandakan Syawal sudah pun menjelang. Umat Islam beramai-ramai menunaikan solat sunat `idulfitri di masjid-masjid dan surau-surau. Kehadiran Syawal juga menandakan hari kemenangan bagi umat Islam setelah menempuh Ramadhan selama sebulan. Semoga amalan kita diterima di sisi Allah Subhanahuwa Ta`ala. InsyaAllah.
Namun, dalam kemeriahan kita menyambut Syawal, rasa syukur perlu kita panjatkan kepada Allah Subhanahuwa Ta`ala kerana kita masih dikurniakan rezeki yang melimpah-ruah. Ketupat, lemang, rendang, dan pelbagai lagi juadah hari raya yang menyelerakan. Kesyukuran itu penting kerana Allah SWT telah berfirman:

"Jika kamu bersyukur, nescaya Aku akan tambahkan lagi, dan jika kamu berlaku kufur ke atas nikmat-Ku, sesungguhnya azab-Ku sangat pedih"

Banyak lagi saudara kita yang hidup serba kekurangan. Makan minum tidak cukup, hidup di dalam suasana peperangan, dan pelbagai lagi keadaan yang menyayat hati. Kadang-kala, dengan kesombongan dan keegoan diri kita, kita membiarkan jiran-jiran kita yang tidak punya cukup makan dan minum berada dalam keadaan yang sengsara. Kita bergembira, ceria, dan meriah dengan pakaian baru, langsir baru, sofa baru, dan pelbagai lagi hiasan-hiasan yang serba baru, tetapi jiran-jiran kita hanya beraya seadanya. Di manakah letaknya sifat belas dan ikatan persaudaraan kita??

Oleh itu, marilah kita bersama-sama memanjatkan kesyukuran kita kepada Tuhan Pentadbir Sekalian `Alam. Semoga Syawal ini kita raikan dengan kemeriahan diiringi limpahan keberkatan daripada-Nya...SK

SALAM LEBARAN

-------------------------------------------------------------------------------------------------

Joget Lebaran

Indahnya kembang mawar merah merona,
Di dalam dinginnya embun subuh hari,
Sehingga fajar syawal yang menjelma,
Gema takbir memuji Ilahi.

Alangkah meriahnya di hari raya,
Sama raikan lebaran yang mulia,
Syukur dan puji pada Maha Esa,
Atas segala limpahan rahmat serta nikmat-Nya.

Di dalam asyik bergurau senda,
Tetap bersantun batasnya dijaga,
Semoga keberkatan di Aidilfitri,
Tetap terpelihara dan dirahmati.

Pada yang tua kita hormati,
Kepada yang muda kita kasihi,
Lupakan dendam atau yang terguris hati,
Sama ceria di Aidilfitri.

Rakan dan teman saling kunjung-kujungan,
Sama nikmati juadah yang terhidang,

Manisnya senyuman ayah dan bonda,
Menyambut anak pulang ke desa berhari raya.

**[ Salam murni hulurkan,
Dalam kuntum senyuman,
Bersama bermaafan,
Tiada dendam yang tersimpan ]

Begitulah layaknya insan bersaudara,
Saling bahagia dan bermesra.

Dalam bergembira
Jangan dilupa fakir yang kekurangan,
Dan adatnya bertetangga
Sama ringankan bebanan dan tanggungan,
Semoga mereka juga dapat bersama,
Raikan syawal yang mulia.

[ Beginilah suasana hari raya,
Di sini sana wajah penuh ceria ]

Syukur dan puji pada Maha Esa,
Atas segala limpahan rahmat serta nikmat-Nya.

(Ulang **)



Muhasabah Ramadhan 1429 yang berlalu...

Tuesday, September 30, 2008
Azam Ramadhan 1429 ini, aku ingin menunaikan terawih sebulan penuh... Alhamdulillah hasratku yang ini tercapai. Azam yang kedua, aku ingin qiamullail sepanjang bulan ramadhan. Ahah, yang ini tidak tercapai kerana 1 hari terlepas!... Sedih dan pilu mengenangkan, tp apakan daya... Azam yang lain pula adalah untuk memiliki kehidupan yang lebih baik kerana seperti yang kita sedia maklum, bulan Ramadhan sebagai bulan untuk kita mentarbiyah diri menjadi insan yang lebih baik dengan mencuci diri daripada segala dosa. Diri ini terkadang mengikut hawa dan nafsu. Apabila hawa dan nafsu diturut, maka terjadilah sesuatu yang dimurkai Tuhan... Aku ingat satu lirik lagu,

"Hawa dan nafsu jangan diturut,
Merana badan penuh sesalan,
Sebelum hanyut baiklah surut,
Ingat kembali ke pangkal jalan."

Oleh itu, aku menyeru diri sendiri dan sesiapa saja marilah kita perbaiki diri kita setiap masa dan ketika. Janganlah mengikuti hawa dan nafsu yang sentiasa membawa membawa kepada lalainya diri daripada mengingati Tuhan. Allah berfirman:

"Ketahuilah dengan mengingati Tuhan, hati akan menjadi tenang"

Aku terfikir sejenak, apakah aku dapat menjadi insan yang lebih baik setelah melalui Ramadhan tahun ini? Apakah segala amalan yang aku lakukan diterima di sisi Allah S.W.T.?? Aku sedar diri ini penuh dengan dosa dan noda. Dosa kepada Tuhan, dosa kepada sesama insan... aku mengharap, kepada Tuhan semoga keampunan yang aku pohon didengari-Nya dan diterima. Aku juga mengharap kepada insan-insan aku telah berbuat dosa sudi memberi maaf atas segala kesilapan diri ini.

Harapan Ramadhan

Ku mengharapkan Ramadhan
Kali ini penuh makna
Agar dapat kulalui
Dengan sempurna
Selangkah demi selangkah
Setahun sudah pun berlalu

Masa yang pantas berlalu
Hingga tak terasa ku berada
Di bulan Ramadhan semula
Puasa satu amalan
Sebagaimana yang diperintahNya

Moga dapat ku lenturkan
Nafsu yang selalu membelenggu diri
Tiada henti-henti

Tak ingin ku biarkan Ramadhan berlalu saja
Tuhan pimpinlah daku yang lemah
Mengharungi segalanya dengan sabar

Ku memohon pada Tuhan diberikan kekuatan
Ku merayu pada Tuhan diterima amalan
Selangkah demi selangkah...
Dengan rahmatMu oh Tuhanku...
Ku tempuh jua

Aku juga terfikir sejenak, apakah aku akan bertemu dengan Ramadhan yang akan datang? Aku harap umurku dipanjangkan dengan dikurniakan keberkatan setiap masa agar dapat aku bertemu dengan Ramadhan yang akan datang. Aku merinduimu wahai Ramadhan. Semoga kita dapat berjumpa lagi di tahun yang akan datang... :'( Aamiin Ya Rabbal `Alamin)...SK

Assalamu`alaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh...


Alhamdulillahi Rabbil `Alamin, selawat dan salam kepada Nabi Junjungan kita, Muhammad Sollallohu `Alaihi Wasallam, kerana Tuhan mengurniakan aku ilham untuk mewujudkan blog ini. Semoga dengan adanya blog ini, dapatlah aku berkongsi apa yang ada pada diri ini kepada dunia... semoga haruman setanggi, mewangi alam... Sempena hari lebaran yang menjelang tiba, aku mengucapkan Selamat Hari Raya `Idulfitri Maaf Zahir dan Batin...SK