Adoi~

Wednesday, April 22, 2009
Biasanya saya makan malam sebelum maghrib. Semalam petang-petang main tenis dengan junior sampai hampir maghrib. Jadi makan mala selepas maghrib. Saya beli nasi ayam... Selepas makan nasi ayam, tiba-tiba sakit perut. Ah, sudah! Melarat pula... Adoi~ Mahu belajar pun tidak boleh. Malam-malam pusat kesihatan UTM tutup kecuali betul-betul kecemasan. Saya terpaksa meminta tolong kawan hantar pergi ke klinik di luar UTM sebab esok paginya peperiksaan akan bermula. Alhamdulillah sudah elok sedikit walaupun bisanya masih ada. Huhu...SK

*****

Saya mahu berkongsi sebuah lagu berjudul Soviet MArch. Lagu untuk tentera Soviet Union. Rentak lagunya seronok tp maksud lirik dia mengarut. Lagu dia saya post kemudian.

Наш Советский Союз покарает
Весь мир от Европы к Неве на восто-ок
Над землёой везде будут петь:
Столица, водка, Советский медведь наш!

Наш Советский Союз покарает
Весь мир от Европы к Неве на восто-ок
Над землёой везде будут петь:
Столица, водка, Советский медведь наш!

Все народы здесь стоят того,
Что мы все воплотили на свет,
Благодарный низкий поклон
От са-мой мо-гу-щес-твенной в мире!

Все народы здесь стоят того,
Что мы все воплотили на свет,
Благодарный низкий поклон
От са-мой мо-гу-щес-твенной в мире!

Ааааа, аААаа!

Наш Советский Союз покарает
Весь мир от Европы к Неве на восто-ок
Над землёой везде будут петь:
Столица, водка, Советский медведь наш!

Наш Советский Союз покарает
Весь мир от Европы к Неве на восто-ок
Над землёой везде будут петь:
Столица, водка, Советский медведь наш!

Ааааа, аААааааа!

Baca dan hayati liriknya. Muahahaha...

Permata

Sunday, April 12, 2009
Permata adalah sesuatu yang sangat berharga. Kalau kita memilikinya, sudah tentu ia akan dijaga dengan begitu baik. Anak-anak juga boleh dianalogikan seperti permata. Mereka perlu dijaga dan diasuh dengan didikan yang sempurna berpaksikan Al-Quran dan As-Sunnah. Didikan yang sempurna akan menjadikan anak-anak itu soleh dan solehah. Perkara yang paling penting adalah mendidik anak dengan aqidah yang benar. Rasulullah bersabda,

Daripada Ibnu Abbas r.a. dari Rasulullah S.A.W. bahasanya baginda bersabda, "Ajarkanlah kepada anak-anak kalian pertama dengan kalimah La Ilaha Illallah."

(Riwayat Al-Hakim)

Selain itu, terdapat juga beberapa panduan dalam mendidik anak:

1. Bersikap jujur.
Ibu bapa perlu mendidik anak bersikap jujur. Abu Daud dan Al-Baihaqi meriwayatkan daripada Abdullah bin Umar r.a., berkata:

Pada suatu hari ibuku memanggilku dan Rasulullah S.A.W. sedang bertamu di rumah kami. Berkatalah ibuku,"Wahai Abdullah, ke sinilah nanti aku beri." Maka berkatalah Rasulullah S.A.W. kepada ibuku, "Apa yang hendak engkau beri kepadanya?" "Saya hendak memberikan kurma kepadanya," kata ibuku. Rasulullah berkata, "Jika engkau tidak memberikan sesuatu kepadanya, maka tertulislah engkau sebagai pendusta."

2. Berlaku `adil.
Dalam riwayat Muttafaqun Alaih daripada An-Nu'man bin Basyir r.a. bahawa ayahnya membawa kepada Rasulullah dan berkata,

"Aku telah memberikan hadiah kepada anakku ini berupa seorang budak laki-laki." Lalu Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam berkata kepadanya, "Apakah semua anak-anakmu kamu berikan hadiah seperti dia?" Ia menjawab, "Tidak." Lalu beliau berkata, "Kalau begitu, ambil kembali hadiah itu."

3. Bersikap pengasih
Aisyah r.a. berkata,

"Rasulullah mencium Hassan dan Hussain, putera Ali bin Abi Talib r.a. dan pada waktu itu ada bersama Rasulullah Al-`Aqra bin Habis At-Tamimi. Al-'Aqra berkata, "Saya mempunyai 10 orang anak. Tidak satu pun yang pernah saya cium." Maka Rasulullah memandang kepadanya dan bersabda, "Barang siapa yang tidak berkasih sayang, maka ia tidak akan mendapatkan kasih sayang."

Banyak lagi cara mendidik anak dan ini hanyalah secebis daripadanya...SK

** rujukan: Majalah i dan website.


Harapan Pada Ayah Ibu - Unic


Wahai ibuku wahai ayahku
Didiklah kami semua
Ajarlah kami asuhlah kami
Mengenal tuhan Yang Esa

Bantulah kami hidup akhirat
Hidup akhirat yang lebih utama
Sedarkanlah kami
Akan tipu daya dunia

Bimbinglah kami asuhlah kami
dengan penuh kasih sayang
Segala apa kesalahan kami
Dibetulkan dengan bijaksana

Perkataan maki harus jangan digunakan
Kerana ia menyalahi sunnah rasul mulia

Tunjukkanlah kami dengan akhlak mulia
Agar mudah kami mencontohinya
Jangan macam ketam yang berjalan bengkok
Ia mengajar anaknya berjalan lurus

Wahi ibuku wahai ayahku kasihanilah kami
Bimbinglah kami mengikut cara sunnah nabi
Janganlah kami dididik secara yang rugi
Kami akan rugi di dunia dan di akhirat

*
Kenalkanlah kami hidup di dunia yang menipu
Asuhilah kami cintai akhirat yang abadi
Akhirat utama dari dunia yang fana
Dunia menipu merosakkan manusia

Itulah harapan kami kepada ayah dan ibu
Ayah ibu janganlah kau berkecil hati
Kami memohon ribuan ampun dan maaf padamu
Disertakan doa kesejahteraan kepadamu ayah dan ibu

(Ulang dari *)

Itulah harapan kami pada ayah dan ibu
Itulah harapan kami ayah ibu

Kawen Lagi!

Saturday, April 11, 2009
Kehidupan berumah tangga tiada erti sekiranya ia dicemari dengan unsur-unsur yang negatif seperti penderaan, penderhakaan, ketidakserasian, keegoan, dan sebagainya. Kali ini, saya ingin berkongsi ciri-ciri rumah tangga teladan. Walaupun masih lama lagi saya mahu berkahwin tetapi tidak salah sekiranya ingin berkongsi... Hehe...

1. Rumah tangga yang dibina atas dasar ketaqwaan kepada Allah dan meharapkan keredhaan-Nya.
Oleh itu, Al-Quran dan As-Sunnah perlu dijadikan rujukan dalam menjalani kehidupan berumah tangga dan menjadikan kedua-duanya sebagai hakim dalam menyelesaikan masalah rumah tangga.

2. Ahli-ahlinya sentiasa bertolak-ansur dan bersikap sederhana dalam segala masalah.
Ini semua termasuklah dalam perkara harta benda dan perasaan.

3. Bersikap berlapang dada atau bersederhana dari segi kebendaan.
Sikap berlebih-lebihan dari aspek duniawi perlu dihindarkan supaya pembaziran tidak berlaku. Allah berfirman,

“Dan berikanlah kepada kaum keluargamu, dan orang miskin serta orang musafir akan haknya masing-masing; dan janganlah engkau membazir dengan pembaziran yang melampau. Sesungguhnya orang-orang yang membazir itu adalah saudara-saudara syaitan, sedang syaitan itu pula sangat kufur kepada Tuhannya”. (Surah al-Isra: 26-27).

4. Berfikir dengan penuh pertimbangan dan rasional.
Ahli-ahli di dalam rumah sentiasa menjauhi perkara-perkara yang samar dan dangkal. Oleh itu, mereka perlu berfikir secara mendalam dan dapat menyelesaikan sesuatu masalah.

5. Penghuninya suka kepada kebersihan.
Sebagaimana yang kita ketahui, kebersihan adalah sebahagian daripada iman. Rasulullah bersabda,

Daripada Abu Malik al-Haris ibn `Asim al-Asya'arie r.a. beliau berkata: Rasulullah SAW telah
bersabda: Kebersihan itu sebahagian daripada iman. Ucapan zikir al-Hamdulillah memenuhi neraca timbangan. Ucapan zikir SubhaanaLlah dan al-Hamdulillah kedua-duanya memenuhi ruangan antara langit dan bumi. Sembahyang itu adalah cahaya. Sedekah itu adalah saksi. Sabar itu adalah sinaran. Al-Qur'an itu adalah hujah bagimu atau hujah ke atasmu. Setiap manusia keluar waktu pagi, ada yang menjual dirinya, ada yang memerdekakan dirinya dan ada pula yang mencelakakan dirinya.

Hadis riwayat al-lmam Muslim.


6. Ditegakkan di atas sendi yang kukuh.
Maksudnya, ia ditegakkan di atas sakinah ( ketenangan), mawaddah (cinta), dan rahmah (kasih-sayang). Oleh itu, keluarga yang bahagia akan terbentuk dan suasananya jauh daripada hingar-bingar dan sebagainya.

7. Menghiasi wajah dengan senyuman.
Senyuman yang ikhlas dan kene pada tempatnya akan menghasilkan kesan mendalam di dalam hati orang yang menerima. Rasulullah bersabda,

Tersenyumlah engkau ke waja saudaramu, kerana senyuman itu adalah sedekah bagimu.

8. Memisahkan tempat tidur anak lelaki dan perempuan.
Rasulullah bersabda,

“Perintahkanlah anakmu melakukan solat apabila usianya tujuh tahun. Dan pukullah mereka (bila mereka melalaikannya) apabila usianya sepuluh tahun, dan pisahkan tempat tidur mereka (lelaki dan perempuan).” (Riwayat at-Tirmizi)

9. Ahli-ahlinya saling membantu antara satu sama lain.
Mereka saling bertolongan dalam melakukan sesuatu perkara supaya menjadi mudah dan ia dapat mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan.

10. Tempat mendidik anak-anak.
Keluarga adalah satu institusi yang penting dalam mendidik anak-anak dengan didikan yang sempurna berteraskan Al-Quran dan As-Sunnah. Ia melibatkan didikan jasmani dan rohani. Keluarga yang bahagia mampu membentuk anak yang soleh dan solehah dengan didikan agama yang sempurna...SK

*** Entry ini saya merujuk kepada Majalah i edisi Mac 2009.

Peperiksaan

Friday, April 10, 2009
Sedar tidak sedar, sudah hampir tamat semester 6. 23 April ini bermulanya peperiksaan ahkir semester. Semester ini adalah antara semester yang paling 'tough' pernah saya lalui. Tugasan, ujian dan kuiz hadir bertimpa-timpa. Menguji diri ini dalam pengurusan tekanan dan kekangan masa. Namun, saya berdoa agar keseluruhan semester ini, walaupun mungkin tidak begitu baik, Allah mengurniakan keberkatan... Aamin... Doakan lah kejayaan kita bersama di dunia dan akhirat...SK