Alhamdulillah... sudah sampai ke semester akhir... Apa yang diharapkan adalah kejayaan yang cemerlang, bergraduasi dengan girang... InsyaAllah. Semoga Allah berkati usaha diri ini selama menuntut ilmu di UTM ini. Semua kenangan yang ada, pahit, manis, kelat masam dan sebagainya akan saya kenang sampai bila-bila kerana sesungguhnya semua kenangan itu sangat berharga. Buat Kelab Ukhwatul Muslimin, saya sayang kamu~ Saya berharap sebaik sahaja habis belajar, dapat memulakan alam pekerjaan dengan kadar yang segera... Aameen~ Ya Allah, maafkan hamba-Mu ini selama hidup di dunia ini, tidak ada apa yang diri harapkan melainkan redha-Mu dalam hari-hari yang diri ini lalui...Aameen...SK
Selamanya menanti
Sunday, December 13, 2009
1. Kemaafan memberikan ketenangan di dalam hati. Satu kemaafan yang mendamaikan insan bagiku seolah-olah melepaskan hati dari kegelapan kepada cahaya.
2. Allah itu Maha Sempurna sedangkan hamba-hambaNya tidak ada satu pun yang sempurna lagi ma'sum melainkan utusanNya, Muhammad S.A.W. Ketidaksempurnaan sepatutnya mengajar manusia merendah diri dan tidak bersifat sombong dan riak terhadap kurniaaNya. Berilah kemaafan, semoga hidup kita akan bahagia.
3. Taubat yang sebenar-benar taubat itu adalah yang sepatutnya kerana dengan bertaubat, ia menyucikan diri seseorang itu daripada sebarang dosa dan seterusnya kehidupan akan menjadi tenang dan mendapat keberkatan.
4. Keikhlasan lahir dari jiwa yang murni. Keikhlasan dalam beribadah menjamin segaa amalan diterima oleh Allah. Keikhlasan perhubungan sesama insan, InsyaAllah, akan menjamin kekalnya hubungan itu selagi mana dibatasi dengan syariat...SK
***selamanya aku menanti wahai dirimu~
2. Allah itu Maha Sempurna sedangkan hamba-hambaNya tidak ada satu pun yang sempurna lagi ma'sum melainkan utusanNya, Muhammad S.A.W. Ketidaksempurnaan sepatutnya mengajar manusia merendah diri dan tidak bersifat sombong dan riak terhadap kurniaaNya. Berilah kemaafan, semoga hidup kita akan bahagia.
3. Taubat yang sebenar-benar taubat itu adalah yang sepatutnya kerana dengan bertaubat, ia menyucikan diri seseorang itu daripada sebarang dosa dan seterusnya kehidupan akan menjadi tenang dan mendapat keberkatan.
4. Keikhlasan lahir dari jiwa yang murni. Keikhlasan dalam beribadah menjamin segaa amalan diterima oleh Allah. Keikhlasan perhubungan sesama insan, InsyaAllah, akan menjamin kekalnya hubungan itu selagi mana dibatasi dengan syariat...SK
***selamanya aku menanti wahai dirimu~
Dia pergi, yang lain datang...
Wednesday, November 4, 2009
Alhamdulillah~...Peperiksaan akhir semester ini sudah tamat~ pergi sudah bayanganmu wahai exam. Akan tetapi ada 2 lagi final presentation... Strive for the success wahai diriku... Allahu Akbar!!!...SK
Ketika Cinta
Sunday, October 25, 2009
Sejak kebelakangan ini, saya suka mendengar lagu-lagu berunsur ketuhanan. Mungkin sebab kecewa dengan apa yang berlaku dalam hidup ini, membawa diri ini lebih mengingati Dia dengan lebih kerap. Mungkin diri ini sering lupa, lalai, dan leka dalam menjalani tanggungjawab sebagai hamba di muka bumi ini. oleh itu, mungkin inilah tarbiyyah yang diberikan oleh-Nya kepada diri ini. Diri ini sangat bersyukur kiranya masih disayangi Allah, Tuhan Semesta `Alam... Moga diri ini dikurniakan kekuatan dalam mengharungi cabaran-cabaran dan liku-liku kehidupan ini dan memenuhi tanggungjawab sebagai seorang hamba dengan sepenuh hati...SK**Ya Allah, pimpini diri kejalan yang diredhai oleh-Mu...
*****
Ketika Cinta - Dato' Siti Nurhaliza
Ada tiada rasa dalam jiwa
Rindu akan memanggil-Mu
Karna setiap jiwa t'lah bersumpah
Setia hanyalah kepada-Mu
Bila cinta ada di dalam jiwa
Wangi bunga dunia tanpa nestapa
Segala yang dirasa hanyalah Dia
Hati 'kan memuja hanya pada-Nya
Ketika cinta memanggil
Gemetar tubuhku
Ketika cinta memanggil
Hangatnya nafasku
Ketika cinta memanggil
Menderu sang rindu
Ketika cinta memanggil
Rindu... rindu... rindu qalbu
Memanggil-manggil nama-Mu
Seperti terbang di langit-Mu
Tenggelam di lautan cinta-Mu
Bertabur qalbu yang rindu
Melebur menjadi satu
Bagai menari diiringi pelangi
Ketika cinta memanggil
Ketika Cinta - Dato' Siti Nurhaliza
Ada tiada rasa dalam jiwa
Rindu akan memanggil-Mu
Karna setiap jiwa t'lah bersumpah
Setia hanyalah kepada-Mu
Bila cinta ada di dalam jiwa
Wangi bunga dunia tanpa nestapa
Segala yang dirasa hanyalah Dia
Hati 'kan memuja hanya pada-Nya
Ketika cinta memanggil
Gemetar tubuhku
Ketika cinta memanggil
Hangatnya nafasku
Ketika cinta memanggil
Menderu sang rindu
Ketika cinta memanggil
Rindu... rindu... rindu qalbu
Memanggil-manggil nama-Mu
Seperti terbang di langit-Mu
Tenggelam di lautan cinta-Mu
Bertabur qalbu yang rindu
Melebur menjadi satu
Bagai menari diiringi pelangi
Ketika cinta memanggil
Study Week
Seperti biasa, di penghujung semester, para pelajar walau di mana saja terutama di seluruh malaysia akan menghadapi peperiksaan. Ada yang rajin belaja, ada yang putus asa, ada yang risau, ada yang main facebook je, presentation final year project, hah! Macam-macam ragam dan gaya. Apa-apa hal pun, selamat berusaha kawan-kawan. Jaga solat, erat silaturrahim, perbaiki amalan dan jangan leka! Selamat menghadapi peperiksaan dengan jayanya...SK
**asek main facebook je~ adoi....
Subscribe to:
Posts (Atom)



