Majlis Pertunangan Aishah & Hamiz

Saturday, November 27, 2010

Tahniah kepada anda berdua. Semoga cepat-cepat masak nasi minyak~
Terima kasih kepada anda berdua menjemput aku menjadi OP. Hehe

Balqis dan Hafiz - 20 November 2010

Sunday, November 21, 2010

May Allah bless your marriage forever~~~
BAAROKALLOHULAKUMAA~

Ihsan & Safiah - 7 November 2010

Saturday, November 13, 2010





Jika Yang Terakhir

Thursday, November 4, 2010
Entry sebelum ni 'Syair Duka' hanyalah metafora diri ini untuk menggambarkan kesedihan diri ini. Tiada kene-mengena dengan sesiapa pun...

*****

Oh Tuhan
Hamba-Mu ini kekeliruan
Sukar mencari jalan yang benar
Kerna dipaut hasut dunia
Mencintai yang lain lebih dari-Mu

Oh Tuhan
Hidayah-Mu pernah hadir
Hingga kering airmataku menitis
Namun terkadang aku berpaling
Kerna mengejar nikmat dunia sementara

Hari ini ku bimbangi
Jika terakhir hidup
Adakah lagi subuh esok
Untuk ku bernafas
Dan sujud mengabdi pada-Mu
Oh Tuhan

Berikan daku kesempatan
Menebus kesalahan
Lantaran dosa dan noda
Dan sengaja melupakanmu
Hadirkan damai
Sebelum di hujung nafasku

Oh Tuhan
Berikan daku petunjuk-Mu
Untuk ku meniti ke jalan redha-Mu
Izinkan daku mengulangi
Janji-janji yang baru
Taubat nasuha setulus untuk-Mu
Oh Tuhan

Rahmat kasihMu Tuhan
Ampunan-Mu ku damba

(Lirik lagu ni yang didengari secara automatik dari blog ini)

Syair Duka


Hari-hari yang kulayari,
Seakan hilang seri...

Deruan ombak kering kini,
Dek panas sang mentari.

Sang mawar penghias seri,
Akhirnya gugur ke bumi...

Emas yang dicari dan dihimpun,
Dilitupi debu serumpun...

Mutiara yang dicari,
Sering tercicir dari diri...

Detik waktu yang berlalu,
Khabar duka mengiringiku...

Walau ditengah ramai diri ini,
Hidupku seakan sepi... SEPI...

Oh Tuhan... Dengarkanlah rintihan hamba-Mu ini...

Thought of The Day~

Sunday, October 31, 2010
Manusia itu tidak terlepas daripada melakukan kesilapan. Tiada manusia yang hidup di dunia dianggap sebagai manusia sempurna. Oleh itu, kenangilah masa-masa silam untuk kita bermuhasabah agar tidak mengulangi titik-titik hitam kisah silam. Jalan hidup manusia yang beriman itu tidak bebas daripada sebarang ujian bagi menguji sejauh mana keimanan terhadap Rabbnya. 

Bertaubat atas dosa-dosa silam adalah sesuatu yang dapat membersihkan hati daripada noda-noda hitam yang melekat di jiwa sehingga terkadang tidak dapat membezakan yang benar dan yang batil. Hati perlu dijaga dengan sebaiknya kerana ia adalah cermin bagi diri seseorang. 

Memang fitrah manusia itu ingin dicinta dan mencintai. Kadangkala dek kerana cinta, kita lupa akan batas-batas dalam bercinta. Hati gelisah, jiwa resah dan gundah sehingga melahirkan perlakuan dan luahan  di luar jangkaan. Hal ini tidak sepatutnya berlaku jika kita senantiasa menjaga hati kita sebaiknya. Marilah kita berusaha mendapatkan cinta Yang Maha Agung yang mana cinta pada makhluk-makhluk-Nya tidak berbelah-bahagi. Begitulah sifat Ar-Rahim.

"Begitu juga jika kamu memiliki seseorang, TERIMALAH seadanya.... Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa.... Anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan KESILAPAN bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya.... akhirnya kamu KECEWA dan meninggalkannya. Sedangkan jika kamu MEMAAFKANNYA boleh jadi hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhirnya...."

Nukilan pada entry kali ini adalah berdasarkan pengalaman saya sendiri dalam meniti liku-liku hidup penuh dugaan dan cabaran. Apa yang diharapkan adalah keampunan daripada Tuhan atas kesilapan-kesilapan lau. Saya juga mengharapkan agar hari-hari yang kulalui senantiasa mendapat rahmat dan petunjuk agar tidak diri ini terlalai daripada-Nya. 

*****

Kepada insan-insan yang pernah kulukai, di sini kupohonkan kemaafan daripada anda semua. Tidaklah diri ini diciptakan sempurna. Semoga kita dapat bermesra sebagai kawan sebaik-baiknya. Keterlanjuranku itu berpunca kesilapan diriku sendiri. Kadangkala kesabaran itu tercabar, bahkan tiang yang utuh dan teguh bisa runtuh dan sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula sesama manusia... Maafkan diri ini yang tidak sempurna...

 *****

Tika diriku, dihembus malam
Terasa diriku, terlalu berdosa
Tergerak naluri, inginku menadah tangan
Memohon keampunan-Mu

Diriku hanya insan hina
Yang hidup berselimut dosa
Adakah masih, ada peluang
Untukku ketuk pintu taubat-Mu

Ya Allah ampuni diriku
Yang selalu leka dengan dosa-dosa
Tidakku terdaya, menanggung siksa-Mu
Ya Allah ampuni diriku~

Seandainya kupergi dulu
Kuharap ampunan seluruh semesta
Lupakan segala sengketa kita
Kerana kuhanya... Insan biasa~

Konvokesyen Ke-45

Sunday, October 24, 2010

Walaupun hari Konvokesyen saya telah berlalu hampir sebulan tapi saya ingin berkongsi kepada semua sebab belum ada lagi entry mengenai konvokesyen ini. Bersyukur kepada Allah Ta'ala dengan izinnya dapat saya menghabiskan tempah 4 tahun di Universiti Teknologi Malaysia dengan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Petroleum. Alhamdulillah...SK






Hairi dan Umi Najua

Sunday, October 10, 2010


Tahniah diucapkan kepada Umi Najua Nasoha, kawan sekolah, satu kampung lagi. Selamat pengantin baru. Semoga Allah memberkati anda berdua di dunia dan akhirat... Kalau anda berdua terbaca blog aku ni, doakanlah aku dicepatkan jodoh juga. Hehe. Kepada Hairi, setahun kita tak jumpa, tahu-tahu ko nak kawen dengan Umi. Huhu... Baarokallohulakuma~~~...SK

Majlis Makan Malam SMKSA (MMM) 2010

Saturday, October 9, 2010
Pada 2 Oktober 2010 tempoh hari, saya menjadi fotografer tak bertauliah untuk mengambil gambar bersempena MMM Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Andalas, Klang. Agak tertekan dengan kualiti gambar, tapi bahagian yang paling saya suka adalah potrait. Hehe~


Terima kasih kepada penganjur terutamanya....

My beloved Kak Rose. Suke sangat potrait ni kak. Wink~~~

Macro Pagi Raya~

Saturday, September 11, 2010




Salam Lebaran

Wednesday, September 8, 2010


Di lebaran ini, inginku memohon ampun dan maaf atas segala kesalahan-kesalahanku kepada kalian yang mengenali diri ini. Semoga kita semua dirahmati dan diberkati hari kemenangan setelah sebulan kita melalui Ramadhan yang mulia. Moga-moga amalan-amalan kita diredhai Allah sepanjang Ramadhan ini dan dikurniakan kesempatan bertemu di Ramadhan (di surau? Hehe) yang akan datang... Aamiinn...SK

Melakar Cinta Di Pintu Syurga

Saturday, September 4, 2010

Melakar Cinta Di Pintu Syurga
(Far East ft. Nassier Wahab)

Berdirinya aku di daerah zulumat
Mengutip titis doa di malam rahmat
Bersama renai kasih yang menguyur
Ingin melakar cinta di syurga

Sesungguhnya cinta yang ku galas dulu
Hanya cinta semusim wangi sekejap
Harumnya takkan sampai ke penghujung
Indah mekarnya hanya di kuntum

Sedangkn taman-Mu amat indah
Tiap penghuninya dikurniai rahmat
Datang berbekal amalan
Tanpa sepalit noda

Setelah kian lama mengatur jejak langkah
Makin fasih mentafsir liku hidup
Diri terlepas bebas dan leka tanpa batas
Bagai menabur benih sang hilalang

Bendang-terbendang hampar padinya
Dimusnahi bena
Aku yang terpedaya

Hijrahkan aku dengan hati putih
Kembali berpaut pada akal budi
Pasrah bersujud dibawah naungan
Langit kesedaran

Moga terlakar cintamku dipintu syurga

Putrajaya~

Sunday, August 29, 2010


Pheweet~ vB ade tele~

Insan keracunan~ Oh Fatimah~

Organizer yang tak lapok dek zaman~ Hahaha~

Sampai lambat~ tak dapat tangkap pic banyak2~

Berpetang-petang di sekeliling rumah

Friday, August 27, 2010

Hidup Memang Payah

Thursday, August 26, 2010



Lirik Lagu Hidup Memang Payah - Yasin
Lirik Lagu dalam album terbaru Yasin - Arus Qudus

Layarkan kehidupan
ke destinasi pilihan
nikmatilah keindahan
yang tak dijanjikan.

Hayatilah keperitan
baru bisa mengertikan
kemanasian, kebesaran
rahsia kebenaran.

Yang tinggal kita mencari
hidupnya tanda misteri
kita tafsirkan
sukar diertikan

Hidup ini memang payah
kadang gelap kadang cerah
hati ini jika resah
siksa jiwa takkan sudah

Hidup ini memang payah
kuterima kuberserah
hati ini bila pasrah
yang susah bisa mudah

Bersama yang susah
adanya mudah
bersama yang susah
mudah

Arus deras kehidupan
dikejar dan ditinggalkan
terima yang ditakdirkan
tulus kesyukuran

Dalam jiwa perperangan
duka resah sendirian
kita dalam pengorbanan
pinta keampunaan.

Yang tinggal kita mencari
hidupanya tanda misteri
kita tafsirkan
sukar diertikan

Lirik Lagu Hidup Memang Payah - Yasin

Bosan-bosan~

Thursday, August 19, 2010

InshaAllah

Saturday, August 14, 2010


Everytime you feel like you cannot go on
You feel so lost
That your so alone
All you is see is night
And darkness all around
You feel so helpless
You can’t see which way to go
Don’t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side

Insha Allah x3
Insya Allah you’ll find your way

Everytime you can make one more mistake
You feel you can’t repent
And that its way too late
Your’re so confused, wrong decisions you have made
Haunt your mind and your heart is full of shame

Don’t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side
Insha Allah x3
Insya Allah you’ll find your way
Insha Allah x3
Insya Allah you’ll find your way

Turn to Allah
He’s never far away
Put your trust in Him
Raise your hands and pray
OOO Ya Allah
Guide my steps don’t let me go astray
You’re the only one that showed me the way,
Showed me the way x2
Insha Allah x3
Insya Allah we’ll find the way

Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan - Permata Yang Dicari

Tuesday, August 10, 2010
Ramadhan tiba lagi~ Marilah bersama-sama menghidupkan ramadhan dengan beramal 'ibadah kepadanya~



*************

Dalam bulan ramadhan kali ni, tiba-tiba....




Ya Allah, hindari diriku daripada dilalaikan dengan dunia dalam menghadapi ramadhan yang mulia ini~ Aamiinn~...SK

SALAM RAMADHAN
RAMADHAN KARIM~

Releasing Tension~

Sunday, August 1, 2010
Saya percaya, Allah itu Maha Adil, Maha Penyayang lagi Maha Mengasihani... Kita hanya berusaha dan merancang tetapi perancangan Allah itu lebih baik... Selepas gagal dengan temu duga, saya dan beberapa orang kawan pergi ke Danga Bay~




Gambar kereta ni credit to Afiq yang berani keluarkan kepala dari skyroof kereta dan shoot pic ini. Hanya editing warna saja.