Selamanya menanti

Sunday, December 13, 2009
1. Kemaafan memberikan ketenangan di dalam hati. Satu kemaafan yang mendamaikan insan bagiku seolah-olah melepaskan hati dari kegelapan kepada cahaya.

2. Allah itu Maha Sempurna sedangkan hamba-hambaNya tidak ada satu pun yang sempurna lagi ma'sum melainkan utusanNya, Muhammad S.A.W. Ketidaksempurnaan sepatutnya mengajar manusia merendah diri dan tidak bersifat sombong dan riak terhadap kurniaaNya. Berilah kemaafan, semoga hidup kita akan bahagia.

3. Taubat yang sebenar-benar taubat itu adalah yang sepatutnya kerana dengan bertaubat, ia menyucikan diri seseorang itu daripada sebarang dosa dan seterusnya kehidupan akan menjadi tenang dan mendapat keberkatan.

4. Keikhlasan lahir dari jiwa yang murni. Keikhlasan dalam beribadah menjamin segaa amalan diterima oleh Allah. Keikhlasan perhubungan sesama insan, InsyaAllah, akan menjamin kekalnya hubungan itu selagi mana dibatasi dengan syariat...SK

***selamanya aku menanti wahai dirimu~

Dia pergi, yang lain datang...

Wednesday, November 4, 2009

Alhamdulillah~...Peperiksaan akhir semester ini sudah tamat~ pergi sudah bayanganmu wahai exam. Akan tetapi ada 2 lagi final presentation... Strive for the success wahai diriku... Allahu Akbar!!!...SK

Ketika Cinta

Sunday, October 25, 2009
Sejak kebelakangan ini, saya suka mendengar lagu-lagu berunsur ketuhanan. Mungkin sebab kecewa dengan apa yang berlaku dalam hidup ini, membawa diri ini lebih mengingati Dia dengan lebih kerap. Mungkin diri ini sering lupa, lalai, dan leka dalam menjalani tanggungjawab sebagai hamba di muka bumi ini. oleh itu, mungkin inilah tarbiyyah yang diberikan oleh-Nya kepada diri ini. Diri ini sangat bersyukur kiranya masih disayangi Allah, Tuhan Semesta `Alam... Moga diri ini dikurniakan kekuatan dalam mengharungi cabaran-cabaran dan liku-liku kehidupan ini dan memenuhi tanggungjawab sebagai seorang hamba dengan sepenuh hati...SK

**Ya Allah, pimpini diri kejalan yang diredhai oleh-Mu...

*****

Ketika Cinta - Dato' Siti Nurhaliza

Ada tiada rasa dalam jiwa
Rindu akan memanggil-Mu
Karna setiap jiwa t'lah bersumpah
Setia hanyalah kepada-Mu

Bila cinta ada di dalam jiwa
Wangi bunga dunia tanpa nestapa
Segala yang dirasa hanyalah Dia
Hati 'kan memuja hanya pada-Nya

Ketika cinta memanggil
Gemetar tubuhku
Ketika cinta memanggil
Hangatnya nafasku
Ketika cinta memanggil
Menderu sang rindu
Ketika cinta memanggil

Rindu... rindu... rindu qalbu
Memanggil-manggil nama-Mu
Seperti terbang di langit-Mu
Tenggelam di lautan cinta-Mu

Bertabur qalbu yang rindu
Melebur menjadi satu
Bagai menari diiringi pelangi
Ketika cinta memanggil


Study Week

Seperti biasa, di penghujung semester, para pelajar walau di mana saja terutama di seluruh malaysia akan menghadapi peperiksaan. Ada yang rajin belaja, ada yang putus asa, ada yang risau, ada yang main facebook je, presentation final year project, hah! Macam-macam ragam dan gaya. Apa-apa hal pun, selamat berusaha kawan-kawan. Jaga solat, erat silaturrahim, perbaiki amalan dan jangan leka! Selamat menghadapi peperiksaan dengan jayanya...SK

**asek main facebook je~ adoi....

Suratan Takdir...

Saturday, October 17, 2009
Tiup sikit blog nih. Fuhhh! Berhabuk! lame tidak dijenguk. Sebelum ramadhan... hehe.

Setiap ape yang berlaku, aku tak pernah sangke buruk pada Allah, setiap yang berlaku, aku cube menerima takdir dengan sebaiknye. Even kite xsuke bende tu tetapi Allah Maha Mengetahui. Aku tetap redho, aku tetap menerima. Dengan kuasanye, Dia boleh membuat ape saje. Perasaan aku digenggamannya... Bagaiman rasa cinta yg terpaut di hati semudah itu hilang? Hanya Dia sahaja yg tahu mengapa dilakukan sedemikian rupe. Aku redho, aku terime, walau ianya sangat pahit untuk dilalui. Itulah lumrah hidup, sebagai hambaNya yang beriman. Orang yg beriman, pasti diuji...

*** Mungkin aku kene tunggu lame lagi. tp buat mase ni, biarkanlah dahulu. Semoge petunjukNye sentiasa bersamaku. Ameen...SK

Kehadiran yang dinanti

Friday, August 21, 2009
Alhamdulillah, hari esok, sabtu insyaAllah akan bermulanya lembaran ramadhan yang baru dalam kehidupan kita sebagai hamba Allah. Semoga kita semua mengambil peluang di bulan yang mulia lagi diberkati ini untuk beramal ibadah sebanyak yang mungkin. Marilah bersama memohon keampunan dan kerahmatan daripada Allah S.W.T. >arilah menambah alunan zikir bacaan Al-Quran dan lain-lain. Semoga Allah memberkati kita semua di dunia dan di akhirat...SK

Thesis

Friday, July 24, 2009
Setelah berhempas-pulas, keluar masuk library, turun naik tangga berulang-kali, kena reject beberapa kali, akhirnya berjaya juga saya mencadangkan tajuk tesis kepada pensyarah. Pensyarah yang saya cari sebagai penyelia ini hanya akan menerima pelajar untuk berada di bawah seliaannya bagi projek tahun akhir hanya apabila pelajar itu berjaya mencadangkan tajuk kepadanya. Alhamdulillah, saya berjaya mendapatkan tajuk yang sesuai dibantu sedikit daripada pensyarah tersebut. Jadi, sekarang ni saya sudah memulakan tesis saya dengan membaca kertas-kertas kerja dan buku-buku yang berkaitan dengan tajuk tesis saya. semoga Allah mempermudahkan urusan saya dalam menyiapkan tesis ini pada waktu yang sepatutnya walau macam mana susah pun... Tajuk tesis saya pada mulanya adalah " The effect of interfacial tension and grain size at various injection rates of surfactant flooding for enhanced oil recovery ". Hahaha... panjang sangat tajuk ini. Walaubagaimanapun saya bercadang untuk memendekannya menjadi " The effect of IFT and grain size on EOR ". Akan saya cadangkan kepada pensyarah pada masa yang telah ditetapkan...SK

Lagu Soviet March

Sunday, June 28, 2009
Seperti yang saya katakan pada entry yang.... yang keberapa ye? Tidak ingat pula. Saya letakkan lagu Soviet March.


Ra3 Theme - Soviet March - OST

Di bawah ini adalah terjemahan dari lirik Russia

Our Soviet Union subjugates the whole world
Like a gigantic bear from the East.
The sheep wander aimlessly, without any cause,
Yet the Soviet bear's on the hunt.

Our brotherhood's a good life, Our generosity is without compare.
All those with us are strong,
All those against us, beware.
It'd be a shame if we had hardships.

To all those around us, it's not worth your while
If we were to turn you to ashes.
We thank you profoundly, and bow to you deeply,
From the mightiest nation in all the world.

Selamat Berhibur!...SK

Pengalaman di Offshore

Friday, June 26, 2009
Ini sedikit sebanyak pengalaman di tengah lautan yang tidak bertepian. Hehe. Apa yang menariknya di sini, kita dapat melihat lautan dan ikan-ikan berenang-renang di lautan ciptaan Allah Ta'ala ini. Saya berada di sini hingga Ahad ini. Ini adalah sebahagian daripada latihan industri saya. Selepas ini kembali semula ke pejabat di Kerteh. Nama platform ini adalah Resak. Galian yang digali di sini adalah gas dan condensate (cecair yang keluar bersama gas). Condensate ini boleh dikatakan seperti minyak juga dan ia adalah minyak yang paling mahal harganya di antara martabat-martabat minyak yang lain kalau sya tidak silap. Di sini saya berkongsi sedikit gambar-gambar yang sempat saya ambil. Saya juga telah upload gambar-gambar ini di Facebook.



Inilah dia sedikit pemandangan di platform Resak




Senja di Resak. Ini di sebelah tempat wudhu'. Ada surau juga.


Ini dipanggil Cristmas Tree. Ia dipasang dari atas sini hingga ke ke bawah di mana gas terletak di dalam bumi untuk digali.

** Seronok dekat sini. Makan sedap, bilik air cond sampai aku dapat selesema sebab sejuk sangat, futsal pun ade, macam tak percaya, karaoke dan snooker pon ade... SK

Hanya Tuhan Yang Tahu

Monday, June 15, 2009
UNIC - Hanya Tuhan Yang Tahu

Ku pendamkan perasaan ini
Ku rahsiakan rasa hati ini
Melindungkan kasih yang berputik
Tersembunyi di dasar hati

Ku pohonkan petunjuk Ilahi
Hadirkanlah insan yang sejati
Menemani kesepian ini
Mendamaikan sekeping hati

Oh Tuhanku
Berikanlah ketenangan abadi
Untukku menghadapi
Resahnya hati ini mendambakan kasih
Insan yang ku sayang

C/o:
Di hati ini
Hanya Tuhan yang tahu
Di hati ini
Aku rindu padamu
Tulus sanubari
Menantikan hadirmu
Hanyalah kau gadis pilihanku

Kerana batasan adat dan syariat
Menguji kekuatan keteguhan iman
insan yang berkasih

*** Tenangkan hatiku Ya Allah... Semoga dia berbahagia di samping orang2 tersayang...SK

Tiada internet

Friday, May 29, 2009
Sudah lama blog ini terbiar. Di pejabat Petronas tempat saya praktikal tiada talian untuk melayari internet seperti biasa. Apa yang ada hanya internet untuk kegunaan pejabat sahaja. Susah juga tiada internet sebab mahu melihat update tentang praktikal daripada practical coordinator dari UTM sekiranya ada hal-hal penting...SK

Peperiksaan sudah habis!

Friday, May 8, 2009
Alhamdulillah peperiksaan sudah tamat... Jadi, tawakkal sajalah kepada Allah Ta'ala. Latihan industri akan bermula pada 11 May 2009 bertempat di Petronas Carigali, Kerteh. Siapa-siapa datang nak lawat saya, dipersilakan hadir... Tapi beritahulah dahulu. Hehe...SK

Adoi~

Wednesday, April 22, 2009
Biasanya saya makan malam sebelum maghrib. Semalam petang-petang main tenis dengan junior sampai hampir maghrib. Jadi makan mala selepas maghrib. Saya beli nasi ayam... Selepas makan nasi ayam, tiba-tiba sakit perut. Ah, sudah! Melarat pula... Adoi~ Mahu belajar pun tidak boleh. Malam-malam pusat kesihatan UTM tutup kecuali betul-betul kecemasan. Saya terpaksa meminta tolong kawan hantar pergi ke klinik di luar UTM sebab esok paginya peperiksaan akan bermula. Alhamdulillah sudah elok sedikit walaupun bisanya masih ada. Huhu...SK

*****

Saya mahu berkongsi sebuah lagu berjudul Soviet MArch. Lagu untuk tentera Soviet Union. Rentak lagunya seronok tp maksud lirik dia mengarut. Lagu dia saya post kemudian.

Наш Советский Союз покарает
Весь мир от Европы к Неве на восто-ок
Над землёой везде будут петь:
Столица, водка, Советский медведь наш!

Наш Советский Союз покарает
Весь мир от Европы к Неве на восто-ок
Над землёой везде будут петь:
Столица, водка, Советский медведь наш!

Все народы здесь стоят того,
Что мы все воплотили на свет,
Благодарный низкий поклон
От са-мой мо-гу-щес-твенной в мире!

Все народы здесь стоят того,
Что мы все воплотили на свет,
Благодарный низкий поклон
От са-мой мо-гу-щес-твенной в мире!

Ааааа, аААаа!

Наш Советский Союз покарает
Весь мир от Европы к Неве на восто-ок
Над землёой везде будут петь:
Столица, водка, Советский медведь наш!

Наш Советский Союз покарает
Весь мир от Европы к Неве на восто-ок
Над землёой везде будут петь:
Столица, водка, Советский медведь наш!

Ааааа, аААааааа!

Baca dan hayati liriknya. Muahahaha...

Permata

Sunday, April 12, 2009
Permata adalah sesuatu yang sangat berharga. Kalau kita memilikinya, sudah tentu ia akan dijaga dengan begitu baik. Anak-anak juga boleh dianalogikan seperti permata. Mereka perlu dijaga dan diasuh dengan didikan yang sempurna berpaksikan Al-Quran dan As-Sunnah. Didikan yang sempurna akan menjadikan anak-anak itu soleh dan solehah. Perkara yang paling penting adalah mendidik anak dengan aqidah yang benar. Rasulullah bersabda,

Daripada Ibnu Abbas r.a. dari Rasulullah S.A.W. bahasanya baginda bersabda, "Ajarkanlah kepada anak-anak kalian pertama dengan kalimah La Ilaha Illallah."

(Riwayat Al-Hakim)

Selain itu, terdapat juga beberapa panduan dalam mendidik anak:

1. Bersikap jujur.
Ibu bapa perlu mendidik anak bersikap jujur. Abu Daud dan Al-Baihaqi meriwayatkan daripada Abdullah bin Umar r.a., berkata:

Pada suatu hari ibuku memanggilku dan Rasulullah S.A.W. sedang bertamu di rumah kami. Berkatalah ibuku,"Wahai Abdullah, ke sinilah nanti aku beri." Maka berkatalah Rasulullah S.A.W. kepada ibuku, "Apa yang hendak engkau beri kepadanya?" "Saya hendak memberikan kurma kepadanya," kata ibuku. Rasulullah berkata, "Jika engkau tidak memberikan sesuatu kepadanya, maka tertulislah engkau sebagai pendusta."

2. Berlaku `adil.
Dalam riwayat Muttafaqun Alaih daripada An-Nu'man bin Basyir r.a. bahawa ayahnya membawa kepada Rasulullah dan berkata,

"Aku telah memberikan hadiah kepada anakku ini berupa seorang budak laki-laki." Lalu Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam berkata kepadanya, "Apakah semua anak-anakmu kamu berikan hadiah seperti dia?" Ia menjawab, "Tidak." Lalu beliau berkata, "Kalau begitu, ambil kembali hadiah itu."

3. Bersikap pengasih
Aisyah r.a. berkata,

"Rasulullah mencium Hassan dan Hussain, putera Ali bin Abi Talib r.a. dan pada waktu itu ada bersama Rasulullah Al-`Aqra bin Habis At-Tamimi. Al-'Aqra berkata, "Saya mempunyai 10 orang anak. Tidak satu pun yang pernah saya cium." Maka Rasulullah memandang kepadanya dan bersabda, "Barang siapa yang tidak berkasih sayang, maka ia tidak akan mendapatkan kasih sayang."

Banyak lagi cara mendidik anak dan ini hanyalah secebis daripadanya...SK

** rujukan: Majalah i dan website.


Harapan Pada Ayah Ibu - Unic


Wahai ibuku wahai ayahku
Didiklah kami semua
Ajarlah kami asuhlah kami
Mengenal tuhan Yang Esa

Bantulah kami hidup akhirat
Hidup akhirat yang lebih utama
Sedarkanlah kami
Akan tipu daya dunia

Bimbinglah kami asuhlah kami
dengan penuh kasih sayang
Segala apa kesalahan kami
Dibetulkan dengan bijaksana

Perkataan maki harus jangan digunakan
Kerana ia menyalahi sunnah rasul mulia

Tunjukkanlah kami dengan akhlak mulia
Agar mudah kami mencontohinya
Jangan macam ketam yang berjalan bengkok
Ia mengajar anaknya berjalan lurus

Wahi ibuku wahai ayahku kasihanilah kami
Bimbinglah kami mengikut cara sunnah nabi
Janganlah kami dididik secara yang rugi
Kami akan rugi di dunia dan di akhirat

*
Kenalkanlah kami hidup di dunia yang menipu
Asuhilah kami cintai akhirat yang abadi
Akhirat utama dari dunia yang fana
Dunia menipu merosakkan manusia

Itulah harapan kami kepada ayah dan ibu
Ayah ibu janganlah kau berkecil hati
Kami memohon ribuan ampun dan maaf padamu
Disertakan doa kesejahteraan kepadamu ayah dan ibu

(Ulang dari *)

Itulah harapan kami pada ayah dan ibu
Itulah harapan kami ayah ibu

Kawen Lagi!

Saturday, April 11, 2009
Kehidupan berumah tangga tiada erti sekiranya ia dicemari dengan unsur-unsur yang negatif seperti penderaan, penderhakaan, ketidakserasian, keegoan, dan sebagainya. Kali ini, saya ingin berkongsi ciri-ciri rumah tangga teladan. Walaupun masih lama lagi saya mahu berkahwin tetapi tidak salah sekiranya ingin berkongsi... Hehe...

1. Rumah tangga yang dibina atas dasar ketaqwaan kepada Allah dan meharapkan keredhaan-Nya.
Oleh itu, Al-Quran dan As-Sunnah perlu dijadikan rujukan dalam menjalani kehidupan berumah tangga dan menjadikan kedua-duanya sebagai hakim dalam menyelesaikan masalah rumah tangga.

2. Ahli-ahlinya sentiasa bertolak-ansur dan bersikap sederhana dalam segala masalah.
Ini semua termasuklah dalam perkara harta benda dan perasaan.

3. Bersikap berlapang dada atau bersederhana dari segi kebendaan.
Sikap berlebih-lebihan dari aspek duniawi perlu dihindarkan supaya pembaziran tidak berlaku. Allah berfirman,

“Dan berikanlah kepada kaum keluargamu, dan orang miskin serta orang musafir akan haknya masing-masing; dan janganlah engkau membazir dengan pembaziran yang melampau. Sesungguhnya orang-orang yang membazir itu adalah saudara-saudara syaitan, sedang syaitan itu pula sangat kufur kepada Tuhannya”. (Surah al-Isra: 26-27).

4. Berfikir dengan penuh pertimbangan dan rasional.
Ahli-ahli di dalam rumah sentiasa menjauhi perkara-perkara yang samar dan dangkal. Oleh itu, mereka perlu berfikir secara mendalam dan dapat menyelesaikan sesuatu masalah.

5. Penghuninya suka kepada kebersihan.
Sebagaimana yang kita ketahui, kebersihan adalah sebahagian daripada iman. Rasulullah bersabda,

Daripada Abu Malik al-Haris ibn `Asim al-Asya'arie r.a. beliau berkata: Rasulullah SAW telah
bersabda: Kebersihan itu sebahagian daripada iman. Ucapan zikir al-Hamdulillah memenuhi neraca timbangan. Ucapan zikir SubhaanaLlah dan al-Hamdulillah kedua-duanya memenuhi ruangan antara langit dan bumi. Sembahyang itu adalah cahaya. Sedekah itu adalah saksi. Sabar itu adalah sinaran. Al-Qur'an itu adalah hujah bagimu atau hujah ke atasmu. Setiap manusia keluar waktu pagi, ada yang menjual dirinya, ada yang memerdekakan dirinya dan ada pula yang mencelakakan dirinya.

Hadis riwayat al-lmam Muslim.


6. Ditegakkan di atas sendi yang kukuh.
Maksudnya, ia ditegakkan di atas sakinah ( ketenangan), mawaddah (cinta), dan rahmah (kasih-sayang). Oleh itu, keluarga yang bahagia akan terbentuk dan suasananya jauh daripada hingar-bingar dan sebagainya.

7. Menghiasi wajah dengan senyuman.
Senyuman yang ikhlas dan kene pada tempatnya akan menghasilkan kesan mendalam di dalam hati orang yang menerima. Rasulullah bersabda,

Tersenyumlah engkau ke waja saudaramu, kerana senyuman itu adalah sedekah bagimu.

8. Memisahkan tempat tidur anak lelaki dan perempuan.
Rasulullah bersabda,

“Perintahkanlah anakmu melakukan solat apabila usianya tujuh tahun. Dan pukullah mereka (bila mereka melalaikannya) apabila usianya sepuluh tahun, dan pisahkan tempat tidur mereka (lelaki dan perempuan).” (Riwayat at-Tirmizi)

9. Ahli-ahlinya saling membantu antara satu sama lain.
Mereka saling bertolongan dalam melakukan sesuatu perkara supaya menjadi mudah dan ia dapat mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan.

10. Tempat mendidik anak-anak.
Keluarga adalah satu institusi yang penting dalam mendidik anak-anak dengan didikan yang sempurna berteraskan Al-Quran dan As-Sunnah. Ia melibatkan didikan jasmani dan rohani. Keluarga yang bahagia mampu membentuk anak yang soleh dan solehah dengan didikan agama yang sempurna...SK

*** Entry ini saya merujuk kepada Majalah i edisi Mac 2009.

Peperiksaan

Friday, April 10, 2009
Sedar tidak sedar, sudah hampir tamat semester 6. 23 April ini bermulanya peperiksaan ahkir semester. Semester ini adalah antara semester yang paling 'tough' pernah saya lalui. Tugasan, ujian dan kuiz hadir bertimpa-timpa. Menguji diri ini dalam pengurusan tekanan dan kekangan masa. Namun, saya berdoa agar keseluruhan semester ini, walaupun mungkin tidak begitu baik, Allah mengurniakan keberkatan... Aamin... Doakan lah kejayaan kita bersama di dunia dan akhirat...SK

Kawen!!!

Saturday, March 7, 2009




Pada 7 Mac 2009 (petang tadi), Kelab Ukhwatul Muslimin KTDI UTM diundang untuk bermain kompang sempena perkahwinan seorang anak professor di UTM. Ini adalah pengalaman pertama kami bermain kompang untuk majlis perkahwinan. Seperti biasa, saya menjadi jurugambar untuk kelab ini. Ia tidak bererti saya tidak pandai bermain kompang, tetapi gambar-gambar ini penting untuk laporan aktiviti-aktiviti kelab. Bagi kami, selain mendapt pengalaman, ada 1 bahagian yang menarik;


Makan free!!! Dapat ole-ole lagi (orang jawe kate dapat 'berkat').

Semoga pasangan pengantin itu dikurniakan kebahagiaan hidup bersama dunia dan akhirat. Nama pengantin lelaki tu Firdaus. Haha... Yang pasti bukan saya. Siapalah yang akan berdiri di sebelah kiri saya nanti? :-p ...SK

Persembahan

Monday, March 2, 2009

Oleh sebab kesibukan yang melampau, saya tidak dapat mengemas kini blog tambah dengan tiada idea apa yang mahu dikongsi. 14 Februari yang lalu, kumpulan nasyid Ukhwatul Muslimin KTDI UTM dijemput membuat persembahan nasyid di The Zon Regency Hotel Johor Bharu sempena Malam Pra Graduan 2009. Saya hanya bertindak sebagai pengurus kumpulan. Sebab itu baju tidak sama. Hehe. Sekurang-kurangnya, ada juga pengalaman bagi kumpulan ini membuat persembahan di hotel. Bukan senang nak dapat peluang macam ini. Walaupun kami tidaklah begitu hebat, sekurang-kurangnya dapat membuat terbaik.

Bersusun-susun!

Tuesday, February 10, 2009
Buka sahaja cuti selepas tahun baru Cina, banyak kuiz dan test. Minggu ini sahaja ada 3 tetapi sudah menjadi dua kerana yang satu lagi ditunda ke minggu hadapan. Minggu hadapan pula ada 3 test... Fuyyo... Ini tidak dikira dengan tugasan-tugasan yang mencabar... Namun, semua tidak akan menggoyahkan semangat saya untuk terus berusaha ke arah kecemerlangan di dunia dan akhirat. Kepada kawan-kawan, marilah berusaha sekuat mungkin demi agama, bangsa, keluarga, dan negara tercinta!...SK

22 Tahun Meniti Usia

Thursday, February 5, 2009
5 Februari 2009, genaplah umur saya 22 tahun... Sedar tidak sedar sudah 22 tahun saya hidup di dunia ini. Pelbagai rintangan dan cabaran ditempuhi. Senantiasa menguji keimanan dan kesabaran. Semoga diri ini semakin matang dan dewasa menghadapi masa di depan berbekalkan kekuatan dari Allah Ta'ala. Aamiin...SK

Salahuddin Al-Ayyubi 2

Friday, January 30, 2009

Mestica - Salahuddin Al-Ayyubi

Malammu disinar solat munajat
Siangmu dihias lonjakan jihad
Pembela insan yang miskin dan lara

Kemelut yang menyelubungi
Dalam sirah ummah
Kau ungkai dengan fatwa nubuwwah

Pernah kembara bagai pelarian
Akhiri bertakhta penuh kemuliaan
Berkurung dendam demi keamanan

Bergemalah bumi Anbia
Takbir kemenangan
Menjulang iman hapus kemungkaran

Walaupun seisi dunia
Melutut di tapak kakimu
Tetapi kau pergi tanpa sisanya untuk diwarisi

Quran Hadith terpasak di kalbumu
Syair puisi pelembut rasamu
Tinta senjata lakaran mindamu

Darah juga airmatamu
Dakwat yang mewarna
Lembaran agung insan terulung
Kau insan terulung

Jasamu Salahuddin
Bagai kasturi mewangi
Harumannya melewati
Baitul Maqdis yang suci

Walaupun jasadmu tiada
Semangatmu tetap menyala
Kekal menjadi aspirasi
Mujahid kini dan selamanya

Malammu disinar solat munajat
Siangmu dihias lonjakan jihad
Pembela insan yang miskin dan lara

Kemelut yang menyelubungi
Dalam sirah ummah
Kau ungkai dengan fatwa nubuwwah

Kaulah satria
kaulah perwira Fisabilillah
Fisabilillah!



Mestica (Layar keinsafan)~Salahuddin Al-Ayubi -

Salahuddin Al-Ayyubi

Thursday, January 29, 2009
Salahuddin Al-Ayyubi, salah satu tokoh Islam yang terkenal dengan penaklukan semula Jerusalem daripada Tentera Salib. Di barat, beliau dikenali sebagai Saladin. Banyak buku yang bercerita mengenai sejarah beliau. Malah, filem mengenainya juga pernah diterbitkan di bawah tajuk 'Kingdom of Heaven' pada tahun 2005.

***************************************

Bermula dengan ekspedisi penaklukan di Syria pada tahun 490H, Tentera Salib berjaya menakluk beberapa bandar dan tempat hingga mereka menakluk Jerusalem pada tahun 492H. Seluruh Palestin juga berjaya ditakluk. Mereka menawan semua tempat dengan membunuh para penduduk tanpa belas kasihan.Kanak-kanak kecil dihempas ke dinding dan para Yahudi dibakar hidup-hidup. Darah mengalir setinggi lutut di Masjid Umar. Reginald of Chatillon bercita-cita besar ingin menakluk Makkah dan Madinah dan ingin membongkar makam Nabi Muhammad SAW dan mengeluarkan jenazah baginda! Jatuhnya Jerusalem ketika itu menandakan malapnya sinar kuasa Islam dan kebangkitan Kristian di barat.

Usaha-usaha memerangi Tentera Salib bermula apabila 'Imaduddin Zangi mengukuhkan kuasanya di Syria dan Iraq.Beliau berjaya menakluk semula kawasan yang telah ditakluk oleh Tentera Salib. Walaubagaimanapun, usaha beliau terbantut apabila dibunuh oleh seorang hamba.Beliau kemudiaannya diganti oleh anaknya, Sultan Nuruddin Zangi.

Nama sebenar Salahuddin adalah Yusuf. Bapanya bernama Najmuddin Ayyub. Beliau dilahirkan pada 543H, 1138M di Tikrit, Iraq. Tikrit juga tempat kelahiran bekas presiden Iraq, Saddam Hussein. Sejak kecil Salahuddin diasuh oleh bapa saudaranya Asaduddin Shirkoh. Beliau diasuh dengan ilmu ketenteraan oleh bapa saudaranya dan diasuh dengan ilmu agama oleh bapanya.Bapa Salahuddin bekerja sebagai gabenor di Tikrit dan bapa saudaranya sebagai panglima tentera.

Semasa Mesir diancam serangan Tentera Salib, Sultan Nurruddin menghantar pasukan tentera bagi membantu tentera di Mesir. Panglima Asaduddin dan Salahuddin menyertai pasukan ini walaupun Salahuddin keberatan untuk meninggalkan Kota Aleppo. Ketika Tentera Salib menakluki Mesir, para penduduknya dibunuh dan para wanita diperkosa. Perdana Menteri Mesir ketika itu, Syawur telah menerima rasuah daripada Tentera Salib supaya membiarkan Mesir ditakluki Tentera Salib. Syawur memberi cuti kepada para tentera dengan alasan agar menjaga keluarga masing-masing.Khalifah di Mesir ketika itu Khalifah Al-Adhid terkejut. Khalifah menitahkan agar Mesir dan Kota Fustat dipertahankan. Namun, Syawur tidak menurut perintah, malah, beliau menyuruh seluruh penduduk Kota Fustat meninggalkan kota tersebut untuk dibakar daripada ditawan Tentera Salib. Khalifah kecewa dengan tindakan ini.

Apabila pasukan tentera Asaduddin Shirkoh tiba, Tentera Salib sudah tiada kerana mereka menyangka tentera pimpinan Asaduddin tidak akan lama di Mesir dan akan merampas semula Mesir. Oleh sebab kejayaan membebaskan Mesir, Asaduddin dilantik oleh Khalifah Al-Adhid menjadi perdana menteri Mesir. Syawur berjaya dibunuh oleh Salahuddin dalam satu serbuan di rumahnya. Selepas Perdana Menteri Asaduddin Shirkoh meninggal, Salahuddin diangkat Khalifah menjadi Perdana Menteri Mesir yang baru.

Selepas kemangkatan Khalifah Al-Adhid, Salahuddin telah dilantik menjadi Khalifah. Pelantikan ini tidak dipersetujui oleh bekas-bekas pembesar yang berfahaman Syiah yang dipecat Salahuddin. Setelah menjadi sultan, semangat Salahuddin untuk berjihad semakin tinggi.

Satu ketika, Sultan Salahuddin menakluki Kota Tabariyyah. Selepas itu, pihak Tentera Salib mendapat tahu Sultan Salahuddin sudah meninggalkan Kota Tabariyyah. Pemimpin Tentera Salib mengerahkan tentera agar menuju ke Kota Tabriyyah dan meninggalkan kosong Kota Safariyyah. Namun, tentera Islam sebenarnya memasang perangkap dan mereka menuju ke Safariyyah dan memusnahkan kubu di kota tersebut. Ini membuatkan Tentera Salib tiada pilihan melainkan berperang dengan tentera Salahuddin. Tentera Salib yang berjalan di padang pasir telah kehabisan bekalan. Mereka keletihan, kehausan, dan kelaparan. Mereka terpaksa berperang dalam keadaan-keadaan ini. Maka, peperangan pun terjadi. Peperangan ini dinamakan Peperangan Hittin kerana berlaku di Bukit Hittin pada 24 Rabiul Akhir, 583H. Tentera Salib tewas dalam peperangan ini dan mayat-mayat mereka dimakan oleh burung-burung buas.

Kemenangan di medan Hittin menyemarakkan lagi semangat Sultan Salahuddin untuk menakluk Jerusalem. Selepas itu, penaklukan Jerusalem dilakukan. Kedua-dua pihak berperang bermat-matian. Pada 27 Rejab 538H, Sultan Salahuddin berjaya memasuki Kota Jerusalem. Ini menandakan kemenangan Islam ke atas Jerusalem.

***************************************

Begitulah sedikit sebanyak sejarah Salahuddin Al-Ayyubi...SK

***************************************

Rujukan yang saya gunakan adalah 2 buah buku di bawah ini dan juga filen Kingdom of Heaven. Buku yang berbahasa Inggeris itu mengandungi104 muka tetapi harganya agak mahal kerana ia adalah buku impot.

Alahai...

Balik cuti sempena Tahun Baru Cina ni sampai hari sabtu. Sebenarnya, semasa makan di dapur, mak bertanya kepada saya mahu balik ke UTM bila. Saya jawab mungkin hari khamis sebab tugasan melambak. Tuan punya badan pulang ke rumah tapi hatinya tertinggal di UTM. Kemudian di keesokan hari, saya pun pergilah ke terminal bas klang sentral untuk membeli tiket... Maka, saya membuat keputusan untuk pulang ke UTM pada hari sabtu. Pulang ke rumah, mak cuma bertanya bas pukul berapa. Saya jawab 930 pagi tanpa memberitahu bila harinya. Bagi yang belum mengetahui, terminal bas klang telah berpindah ke terminal bas Klang Sentral di Jalan Meru. Berhadapan Tesco baru di Setia Alam. Agak jauh dari terminal asal tetapi lebih dekat dengan rumah.

Pagi tadi, saya berasa pelik mengapa mak memanggil saya dan bertanya sudah mandi ke belum. Saya jawab belum. Kemudian saya turun dan membasuh tangan mahu bersarapan. Mak bertanya lagi bas pukul berapa. Saya jawab balik UTM hari sabtu! Hahaha... Adui... Salah faham. Mak sedang siapkan bekal Abah pula sedang bersiap-siap mahu menghantar saya ke terminal bas sebab biasanya abah yang hantar... Alahai, tidak mengapalah...

Tugasan yang banyak-banyak tu saya ada bawa pulang. Namun tidak dapat diselesaikan kerana mungkin saya belum lagi memahami. 3 hari 3 malam tidak siap-siap. 8 soalan saja... Adoi. Tidak apalah... Harap-harap dapat ilham menjawab soalan-soalan itu di dalam mimpi...SK

SPE-UTM Election

Wednesday, January 21, 2009
SPE-UTM adalah singkatan bagi Soceity of Petroleum Engineers UTM. Saya bertanding untuk jawatan yang diperuntukan pada 14 Januari yang lalu. Saja suka-suka mahu bertanding. Bukan apa, sejak dibuka semester yang baru, saya telah melepaskan beberapa jawatan di kelab-kelab yang saya sertai. Sekiranya tidak mempunyai jawatan dalam kelab, maka kurang la kerja saya. Apabila kerja sudah kurang, keadaan akan menjadi bosan. Bagi saya, kesibukan berpersatuan itu penting kerana apabila saya sibuk, saya akan sedaya upaya menyusun jadual dengan baik untuk membahagikan waktu belajar. Sekiranya saya tidak sibuk, saya biasanya akan hanya menonton filem ataupun tidur... Namun, Allah itu Maha Tahu segala-galanya. Saya ditakdirkan kalah. Walaubagaimanapu, sebelum hantar borang untuk bertanding sudah dibuat solat hajat. Jadi, saya hanya bertawakkal kepada-Nya... Tidak mengapa. Saya akan pastikan azam baru saya tidak terkubur dengan mudah! Ya Allah, bantulah hamba-Mu ini...SK

Wireless Connection!!!

Monday, January 12, 2009
Sejak semester baru bermula, wireless connection di blok M06 KTDI UTM tidak berfungsi. Blok-blok lain elok saja. Keadaan ini memaksa saya 'mengusung' laptop ke sana dan kemari mencari tempat yang mempunyai connection. Penat... Kalau malas mahu usung, online saja di Pusat Perkhidmatan ICT Pelajar. Mahu membuat tugasan pun susah. Baru sebentar tadi membuat laporan di Pusat Perkhidmatan ICT Pelajar. 2 minggu lagi baru tahu okay atau tidak!!! Adui... Lepas Tahun Baru Cina lah nampaknye... Kasihan pelajar kurang upaya di blok saya tu. Ada yang bertopang, ada yang guna kerusi roda. Kalau saya boleh lah berlari-lari cari tempat yang ada connection tetapi mereke bagaimana? Saya bersyukur kerana diberikan kesempurnaan anggota badan yang sempurna...SK

The City of Gaza

Thursday, January 8, 2009
Seperti yang diketahui dunia, baru-baru ini Tentera Zionis Israel telah melancarkan serangan ke atas rakyat Palestin di Gaza. Operasi ketenteraan ini talah mengakibatkan kecederaan dan jumlah kematian yang sangat tinggi. Bekalan ubat-ubatan dan bekalan darah di hospital tidak cukup untuk menampung jumlah mangsa yang tercedera. Marilah wahai saudara-saudaraku, kita berdoa untuk mereka agar rakyat Palestin diberi kemenangan ke atas Tentera Zionis Laknatullah! Bantulah rakyat Palestin seberapa yang boleh. Semoga Allah membantu mereka dalam meghadapi situasi yang sulit ini. Aamin...SK

Uthmani - 2 - Sang Penakluk & Constantinople (2)

Saturday, January 3, 2009
Setelah segala persiapan ketenteraan telah disiapkan, maka, 250,000 tentera Islam Bani Uthmaniyyah pun berangkat menuju ke Constantinople. Perjalanan menuju ke Kota Constantinople mengambil masa selama 2 bulan. Mereka melalui jalan yang belum pernah dilalui oleh sesiapa bagi mengelakkan dikesan oleh musuh. Pasukan Uthmaniyyah dibahagikan kepada 5 pasukan; 4 pasukan darat dan 1 pasukan laut. Setiap pasukan terdiri daripada 50,000 orang tentera.

Pada hari Khamis 6 haribulan April 1453, keempat-empat pasukan tentera darat tiba di Constantinople. Pasukan laut yang terdiri daripada 80 buah kapal perang tidak dapat memasuki Tanduk Emas kerana dihalang oleh rantai besi yang besar. Kehadiran pasukan Uthmaniyyah di tanduk emas menjadikan Maharaja Constantine terkejut.

Kemudian, Sultan Muhammad membawa sepucuk surat kepada Maharaja Constantin melalui seorang utusan yang memberi kata dua sama ada menyerah ataupun berperang. Walaubagaimanapun, Maharaja Constantine memilih untuk berperang.Maharaja Constantine menghantar seramai 100 orang tentera di malam hari sebelum peperangan bagi memusnahkan meriam yang dicipta Urban. Namun, usaha itu gagal dan seramai 30 tentera musuh terbunuh dan yang selebihnya ditawan.

Pada keesokan paginya, peprangan pun bermula dengan dentuman meriam-meriam dari pasukan Uthmaniyyah bagi meruntuhkan tembok kota Constantinople.Pasukan musuh kemudiaannya menghantar pasukan tentera berkuda bagi memusnahkan meriam-meriam tersebut.

Oleh sebab pasukan tentera laut tidak dapat memasuki Tanduk Emas, maka Sultan Muhammad memerintahkan semua kapal perang dipindahkan melalui jalan darat pada waktu malam! Ini menyebabkan pasukan musuh terkejut bagaimana kapal-kapal pasukan Uthmani boleh melepasi rantai besi itu.

*****************

Peperangan berlarutan untuk sekian lama. Ramai tentera Islam Uthmani dan pasukan musuh yang gugur dalam pertempuran ini. Pada hari yang ke-53, maka, jatuhlah kota Constantinople ke tangan tentera Islam Uthmaniyyah. Maharaja Constantine terbunuh di dalam pertempuran ini. Maka, hadith Rasulullah SAW telah pun menjadi kenyataan.

*** Begitulah sedikit sebanyak cerita tentang Sultan Muhammad Al-Fateh... Cerita ini cukup panjang tetapi telah dipendekkan...SK