Pintu Hatimu Kuketuk~

Thursday, June 16, 2011

Aku tidak sesempurna mana
Aku tidak sekacak Aaron Aziz
Apatah lagi sekacak Nabi Yusuf yang mulia
Kumengharapkan Tuhan yang memegang hatiku

Menyintaimu kerana-Nya setulus mulus-mulus

Kutidak memaksamu
Ku tidak mahu menekanmu

Kerana dirimu punyai pilihan
Yang terbentang luas


Semoga hatimu yang kuketuk
Terbuka luas untukmu kau cintai

Tulus mulus-mulus kerana-Nya juga


Ya Allah, kuberusaha mengetuk pintu hatinya
Hanyalah kerana-Mu
Kutidak mahu menanggung derita cinta
Yang tidak punyai hala tuju yang jelas
Bukakanlah jalan untuk kami bersama
Di bawah naungan-Mu
Penuh keredhaan... SK


2 comments:

  1. Ndea said...:

    pehh!! indah sungguh....gamba pintu tu ekekeke....weh aaron aziz kene dpt kredit ni sbb ade name beliau hehehe

    gudluck dude =D sangat tulus!