Dari sudut hatiku...

Tuesday, April 20, 2010
Usia hidupku sebagai pelajar sudah hampir ke penghujungnya. Rakan-rakan ada yang sudah pulang ke rumah. Banyak kenangan manis, pahit, kelat, masin dan sebagainya telah aku lalui sepanjang 4 tahun di UTM. Rasa seronok, sedih, pilu menyelubungi benak hati ini dan jauh di sudut hatiku ini juga, tersisa satu perasaan yang telah lama tersimpan.

Sebagai manusia, aku memang tidak pernah lekang daripada palitan dosa noda yang berputik dan berpunca daripada hawa nafsu aku sendiri. Entry ini aku tujukan khas bagi 2 orang insan bernama A dan H. Andainya kamu berdua membaca entry ini, ketahuilah bahawasanya aku mengakui dan menyesali kesilapan aku pada kamu berdua.

Selama ini apa yang aku harapkan daripada kamu hanyalah kemaafan, hanyalah secebis kemaafan. Untuk insan bernama A, terima kasih atas segalanya selama kita bersama walaupun sekejap cuma. Walaupun kita berada pada 1 kursus yang sama tetapi berbeza tahun, selepas peristiwa itu, bukanlah aku tidak mahu menegur langsung dirimu tetapi aku khuatir dengan sikap dingin dirimu terhadapku. Aku tahu dirimu itu insan yang baik...

Buat insan bernama H, walaupun kita tidak pernah dan hampir-hampir bersua, aku tahu dirimu juga insan yang baik. Aku sedar betapa hinanya diriku seperti mempermain-mainkan dirimu. Namun, aku insafi semua itu. Selepas daripada peristiwa itu juga, aku mengharapkan kemaafanmu wahai H, kemaafanmu...

Akhir sekali, aku harapkan sekali daripada kamu berdua...maafkan diriku sebelum salah satu daripada kita terlepas nyawa yang dikandung badan...SK

********

Rahmat Ekamatra - Hanya Segenggam Setia

Pergilah dia menantimu
Jangan menangis...
Janganlah kau menolehku lagi
Biarlah kumembawa hati
Jangan ditanya ke mana kupergi

( korus )
Tidakkah engkau sedar siapa diriku ini
Bukan merak kayangan tapi gagak di rimba
Cuma yang ada segenggam setia
Akan kupertahankan untuk membahagiakanmu

Masih lagi aku terasa
Betapa hancurnya hatiku
Bila kau dipaksa bersama
Dengan si dia...

Senyuman yang engkau ukirkan
Seakan mengundang sengsara
Kalau ku tahu kau tersiksa
Tak kan kulepaskanmu

Setelah kau tiada di sisi
Bagiku tiada cinta lagi selamanya
Di bibir ku lafazkan rela
Di hati terasa pedihnya
Melepaskanmu... Pilu hatiku