Digital Retouching 2

Wednesday, March 3, 2010
Untuk kali ini, saya menggunakan wajah artis yang saya minati. Haha. Lisa Surihani. Saya cuba make up muka dia walaupun tak tahu sangat macam mana wanita make up muka.

Lisa Surihani yang lebih ceria wajahnya. Hehe

Apa yang di make up?

1. Rambut jadi perang
2. Celak hitam bawah mata
3. Di kelopak mata ada warna pink
4. Bibir merah
5. Gigi putih
6. Mata biru
7. Kulit cerah

Masa untuk siap lebih kurang 1 jam setengah kalau tidak silap...

Sekian...SK

Tasik UTM lagi

Tuesday, March 2, 2010



Digital Retouching

Monday, March 1, 2010
Bila menyebut tentang gambar, salah satu editing yang saya sangat minat adalah digital retouching. Salah satu contoh digital retouching yang saya paling suka adalah make up muka orang. Ini contoh-contoh yang saya telah buat.


Wajah yang kurang cerah boleh dicerahkan lagi. Mata yang coklat boleh diubah kepada warna-warna yang lain dan bibir boleh diletakkan gincu. Ini satu lagi...


Banyak lagi kaedah-kaedah digital retouching untuk make up muka. Sangat menarik. Selamat mencuba...SK

***dua-dua orang ni kawan baik saya. kepada anda berdua, wajah-wajah anda ini hanya sebagai perkongsian ilmu :-)

Jalan-Jalan Danga Bay













Lepas solat Maghrib, makan di payung~

Berjalan Sendirian Seluruh UTM

Saturday, February 27, 2010
Petang tadi jala sendirian seluruh UTM ambil foto. Selama 4 tahun di UTM tidak pernah pun jalan-jalan satu UTM sendirian. Sejak ada kamera, barulah dapat jalan macam ni.

Kemboja~

Jambatan

Bangunan Pentadbiran Fakulti Kejuruteraan Awam

Bunga yang tidak kutahu namanya

Sebelah L50

Pakir FAB

Musim luruh seluruh UTM. Boleh dilihat di mana-mana di seluruh UTM.

Bangunan Pentadbiran UTM

Pintu gerbang besar UTM

De Tropika Cafe, Tasik UTM

Taman Rusa UTM

Daun-daun kecil berguguran

Matahari terbenam... Kebetulan ada burung terbang.

Tangga Fakulti Kejuruteraan Mekanikal

Simpang FKKKSA

Pakir CICT. Kereta idaman kalbu~

Balai Cerap (Obsevatory Station)

Thursday, February 25, 2010
Semalam selepas berjumpa dengan penyelia projek tahun akhir, saya bergegas ke kelas taekwondo. Bukannya mahu datang berlatih tetapi nak ambil gambar. Lepas tu, naik terus ke balai cerap UTM. Petang semalam agak panas. Jadi nak ambil gambar pun tak boleh terdedah lama-lama. Huhu...SK







Tukar Angin

Wednesday, February 24, 2010
Sengaja cuba template baru. Hmm... macam nak tukar lagi nih

Tasik, Taman Rekreasi, Bilik

Monday, February 22, 2010


Semalam kawanku Afiq ajak tangkap gambar di tasik UTM dan taman rekreasi bersama-sama dengan beberapa orang lagi. Hmm, banyak lagi kena belajar ni... Masih lagi tidak berpuas hati dengan prestasi sekarang...SK






Lepas subuh

Thursday, February 18, 2010
Lepas subuh tadi, pergi ke balai cerap UTM, nak tangkap gambar masjid. Lepas tangkap gambar masjid, tangkap gambar bunga, gambar mangga~ Lepas tu tak tahu apa lagi nak tangkap. Tangkap 'lentok' akhirnya. Huhu...SK





EOS 1000D

Tuesday, February 16, 2010
Semalam pergi ke AEON Bukit Tinggi, Klang. Bosan duduk rumah cuti. Lagipun petang tadi bar saje sampai ke UTM dengan harapan dapat menyambung final year project. Jalan-jalan di AEON sebenarnya mahu survey kamera. Dalam kepala mahu beli yang harganya RM 600-700 saja. Jumpalah juga modelnya. Walaubagaimanapun, ada satu bisikan yang entah dari mana datangnya pun saya tak tahu. Bisikan itu adalah, " Kenapa tak beli je yang besar terus?" Camera SLR la maknanya tu. Hmm... betul juga. Jadi, dengan nekad dan azam yang tinggi, saya bulatkan niat mahu membeli SLR. Berpeluh transfer duit tadi. Huhu...Alhamdulillah~ hajatku dimakbulkan. Terima Kasih Ya Allah~ Akanku manfaatkan ni'mat-Mu ini sebaiknya. Aamiin...SK


EOS 1000D