Fazlina dan Akmal - 30 Januari 2011

Sunday, January 30, 2011








Baarokallohulakumaa~~~ SK

Majlis Pertunangan Aslam & Fahimah dan Esma & Zulkamal

Sunday, January 2, 2011

Esma & Zulkamal (Adilah, aku amek dari FB ko... Hehehe)

Tahniah untuk anda semua~ ...SK

Majlis Pertunangan Aishah & Hamiz

Saturday, November 27, 2010

Tahniah kepada anda berdua. Semoga cepat-cepat masak nasi minyak~
Terima kasih kepada anda berdua menjemput aku menjadi OP. Hehe

Balqis dan Hafiz - 20 November 2010

Sunday, November 21, 2010

May Allah bless your marriage forever~~~
BAAROKALLOHULAKUMAA~

Ihsan & Safiah - 7 November 2010

Saturday, November 13, 2010





Jika Yang Terakhir

Thursday, November 4, 2010
Entry sebelum ni 'Syair Duka' hanyalah metafora diri ini untuk menggambarkan kesedihan diri ini. Tiada kene-mengena dengan sesiapa pun...

*****

Oh Tuhan
Hamba-Mu ini kekeliruan
Sukar mencari jalan yang benar
Kerna dipaut hasut dunia
Mencintai yang lain lebih dari-Mu

Oh Tuhan
Hidayah-Mu pernah hadir
Hingga kering airmataku menitis
Namun terkadang aku berpaling
Kerna mengejar nikmat dunia sementara

Hari ini ku bimbangi
Jika terakhir hidup
Adakah lagi subuh esok
Untuk ku bernafas
Dan sujud mengabdi pada-Mu
Oh Tuhan

Berikan daku kesempatan
Menebus kesalahan
Lantaran dosa dan noda
Dan sengaja melupakanmu
Hadirkan damai
Sebelum di hujung nafasku

Oh Tuhan
Berikan daku petunjuk-Mu
Untuk ku meniti ke jalan redha-Mu
Izinkan daku mengulangi
Janji-janji yang baru
Taubat nasuha setulus untuk-Mu
Oh Tuhan

Rahmat kasihMu Tuhan
Ampunan-Mu ku damba

(Lirik lagu ni yang didengari secara automatik dari blog ini)

Syair Duka


Hari-hari yang kulayari,
Seakan hilang seri...

Deruan ombak kering kini,
Dek panas sang mentari.

Sang mawar penghias seri,
Akhirnya gugur ke bumi...

Emas yang dicari dan dihimpun,
Dilitupi debu serumpun...

Mutiara yang dicari,
Sering tercicir dari diri...

Detik waktu yang berlalu,
Khabar duka mengiringiku...

Walau ditengah ramai diri ini,
Hidupku seakan sepi... SEPI...

Oh Tuhan... Dengarkanlah rintihan hamba-Mu ini...

Thought of The Day~

Sunday, October 31, 2010
Manusia itu tidak terlepas daripada melakukan kesilapan. Tiada manusia yang hidup di dunia dianggap sebagai manusia sempurna. Oleh itu, kenangilah masa-masa silam untuk kita bermuhasabah agar tidak mengulangi titik-titik hitam kisah silam. Jalan hidup manusia yang beriman itu tidak bebas daripada sebarang ujian bagi menguji sejauh mana keimanan terhadap Rabbnya. 

Bertaubat atas dosa-dosa silam adalah sesuatu yang dapat membersihkan hati daripada noda-noda hitam yang melekat di jiwa sehingga terkadang tidak dapat membezakan yang benar dan yang batil. Hati perlu dijaga dengan sebaiknya kerana ia adalah cermin bagi diri seseorang. 

Memang fitrah manusia itu ingin dicinta dan mencintai. Kadangkala dek kerana cinta, kita lupa akan batas-batas dalam bercinta. Hati gelisah, jiwa resah dan gundah sehingga melahirkan perlakuan dan luahan  di luar jangkaan. Hal ini tidak sepatutnya berlaku jika kita senantiasa menjaga hati kita sebaiknya. Marilah kita berusaha mendapatkan cinta Yang Maha Agung yang mana cinta pada makhluk-makhluk-Nya tidak berbelah-bahagi. Begitulah sifat Ar-Rahim.

"Begitu juga jika kamu memiliki seseorang, TERIMALAH seadanya.... Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa.... Anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan KESILAPAN bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya.... akhirnya kamu KECEWA dan meninggalkannya. Sedangkan jika kamu MEMAAFKANNYA boleh jadi hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhirnya...."

Nukilan pada entry kali ini adalah berdasarkan pengalaman saya sendiri dalam meniti liku-liku hidup penuh dugaan dan cabaran. Apa yang diharapkan adalah keampunan daripada Tuhan atas kesilapan-kesilapan lau. Saya juga mengharapkan agar hari-hari yang kulalui senantiasa mendapat rahmat dan petunjuk agar tidak diri ini terlalai daripada-Nya. 

*****

Kepada insan-insan yang pernah kulukai, di sini kupohonkan kemaafan daripada anda semua. Tidaklah diri ini diciptakan sempurna. Semoga kita dapat bermesra sebagai kawan sebaik-baiknya. Keterlanjuranku itu berpunca kesilapan diriku sendiri. Kadangkala kesabaran itu tercabar, bahkan tiang yang utuh dan teguh bisa runtuh dan sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula sesama manusia... Maafkan diri ini yang tidak sempurna...

 *****

Tika diriku, dihembus malam
Terasa diriku, terlalu berdosa
Tergerak naluri, inginku menadah tangan
Memohon keampunan-Mu

Diriku hanya insan hina
Yang hidup berselimut dosa
Adakah masih, ada peluang
Untukku ketuk pintu taubat-Mu

Ya Allah ampuni diriku
Yang selalu leka dengan dosa-dosa
Tidakku terdaya, menanggung siksa-Mu
Ya Allah ampuni diriku~

Seandainya kupergi dulu
Kuharap ampunan seluruh semesta
Lupakan segala sengketa kita
Kerana kuhanya... Insan biasa~

Konvokesyen Ke-45

Sunday, October 24, 2010

Walaupun hari Konvokesyen saya telah berlalu hampir sebulan tapi saya ingin berkongsi kepada semua sebab belum ada lagi entry mengenai konvokesyen ini. Bersyukur kepada Allah Ta'ala dengan izinnya dapat saya menghabiskan tempah 4 tahun di Universiti Teknologi Malaysia dengan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Petroleum. Alhamdulillah...SK






Hairi dan Umi Najua

Sunday, October 10, 2010


Tahniah diucapkan kepada Umi Najua Nasoha, kawan sekolah, satu kampung lagi. Selamat pengantin baru. Semoga Allah memberkati anda berdua di dunia dan akhirat... Kalau anda berdua terbaca blog aku ni, doakanlah aku dicepatkan jodoh juga. Hehe. Kepada Hairi, setahun kita tak jumpa, tahu-tahu ko nak kawen dengan Umi. Huhu... Baarokallohulakuma~~~...SK