






Ayah dan Mak~ (oooopsss~)Macam biasa dan paling penting, MANAGER of the MAJLIS...
My beloved Kak Rose~Last sekali, aku pon nak jugak~ Thanx to encik Eba (btol ke name ni aku eja?) huhu

Usaha - Doa - Tawakkal







Ayah dan Mak~ (oooopsss~)
My beloved Kak Rose~


Bertaubat atas dosa-dosa silam adalah sesuatu yang dapat membersihkan hati daripada noda-noda hitam yang melekat di jiwa sehingga terkadang tidak dapat membezakan yang benar dan yang batil. Hati perlu dijaga dengan sebaiknya kerana ia adalah cermin bagi diri seseorang.

Memang fitrah manusia itu ingin dicinta dan mencintai. Kadangkala dek kerana cinta, kita lupa akan batas-batas dalam bercinta. Hati gelisah, jiwa resah dan gundah sehingga melahirkan perlakuan dan luahan di luar jangkaan. Hal ini tidak sepatutnya berlaku jika kita senantiasa menjaga hati kita sebaiknya. Marilah kita berusaha mendapatkan cinta Yang Maha Agung yang mana cinta pada makhluk-makhluk-Nya tidak berbelah-bahagi. Begitulah sifat Ar-Rahim.
"Begitu juga jika kamu memiliki seseorang, TERIMALAH seadanya.... Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa.... Anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan KESILAPAN bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya.... akhirnya kamu KECEWA dan meninggalkannya. Sedangkan jika kamu MEMAAFKANNYA boleh jadi hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhirnya...."

Nukilan pada entry kali ini adalah berdasarkan pengalaman saya sendiri dalam meniti liku-liku hidup penuh dugaan dan cabaran. Apa yang diharapkan adalah keampunan daripada Tuhan atas kesilapan-kesilapan lau. Saya juga mengharapkan agar hari-hari yang kulalui senantiasa mendapat rahmat dan petunjuk agar tidak diri ini terlalai daripada-Nya.
*****
Kepada insan-insan yang pernah kulukai, di sini kupohonkan kemaafan daripada anda semua. Tidaklah diri ini diciptakan sempurna. Semoga kita dapat bermesra sebagai kawan sebaik-baiknya. Keterlanjuranku itu berpunca kesilapan diriku sendiri. Kadangkala kesabaran itu tercabar, bahkan tiang yang utuh dan teguh bisa runtuh dan sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula sesama manusia... Maafkan diri ini yang tidak sempurna...
*****
Tika diriku, dihembus malam
Terasa diriku, terlalu berdosa
Tergerak naluri, inginku menadah tangan
Memohon keampunan-Mu
Diriku hanya insan hina
Yang hidup berselimut dosa
Adakah masih, ada peluang
Untukku ketuk pintu taubat-Mu
Ya Allah ampuni diriku
Yang selalu leka dengan dosa-dosa
Tidakku terdaya, menanggung siksa-Mu
Ya Allah ampuni diriku~
Seandainya kupergi dulu
Kuharap ampunan seluruh semesta
Lupakan segala sengketa kita
Kerana kuhanya... Insan biasa~



















Sejak kebelakangan ini, saya suka mendengar lagu-lagu berunsur ketuhanan. Mungkin sebab kecewa dengan apa yang berlaku dalam hidup ini, membawa diri ini lebih mengingati Dia dengan lebih kerap. Mungkin diri ini sering lupa, lalai, dan leka dalam menjalani tanggungjawab sebagai hamba di muka bumi ini. oleh itu, mungkin inilah tarbiyyah yang diberikan oleh-Nya kepada diri ini. Diri ini sangat bersyukur kiranya masih disayangi Allah, Tuhan Semesta `Alam... Moga diri ini dikurniakan kekuatan dalam mengharungi cabaran-cabaran dan liku-liku kehidupan ini dan memenuhi tanggungjawab sebagai seorang hamba dengan sepenuh hati...SK