Showing posts with label UTM. Show all posts
Showing posts with label UTM. Show all posts

Konvokesyen Ke-45

Sunday, October 24, 2010

Walaupun hari Konvokesyen saya telah berlalu hampir sebulan tapi saya ingin berkongsi kepada semua sebab belum ada lagi entry mengenai konvokesyen ini. Bersyukur kepada Allah Ta'ala dengan izinnya dapat saya menghabiskan tempah 4 tahun di Universiti Teknologi Malaysia dengan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Petroleum. Alhamdulillah...SK






Embun Pagi

Monday, April 19, 2010
Pakaian yang bersih dan suci menjadi syarat sah solat. Hehe...

Marilah kita beramal soleh senantiasa supaya apabila menunggu giliran memasuki syuga tidak perlu beratur panjang~ (flare kacau)

Hmm, dalam banyak-banyak pilihan, Allah tahu yang terbaik untuk kita~

Ilmu kita di sisi Allah itu boleh diumpamakan hanya seperti titisan embun. Oleh itu, jangan sombong dan kedekut dengan ilmu yang kita ada~

3 perkara perlu ada kalau sesuatu nak menjadi 1. Tahu 2. Mampu 3. Mahu

Projek Tahun Akhir

Sunday, April 11, 2010
Selesai sudah menghantar draf projek tahun akhir pada minggu lepas setelah hampir 1 semester berada di makmal. Maka, semuanya hanyan tinggal kenangan...SK

'Bilik' kedua selepas asrama untuk semester ini. Haha~


Inilah minyak mentah (crude oil) kalau siape nak tahu

Rosak la pula

Silinder penyukat ini pecah = RM 16 :-(

Inilah eksperimen saya~

Terbitnya mentari pagi

Thursday, April 8, 2010
Alhamdulillah, setinggi-tinggi syukur dan puji-pujian kepada Allah Tuhan Semesta Alam. Hari ini masih lagi diizinkan untuk bernafas lagi, diberi peluang untuk menikmati indahnya cahaya mentari yang terbit diufuk timur. Selepas solat subuh, kuterima satu panggilan ke balai cerap untuk memotretkan sinaran mentari pagi. Baguslah, lagipun tak bagus tidur lepas subuh. Hehe...SK

Hamba Allah inilah yang call pagi tadi. Hehe...

Outing ramai-ramai di Balai Cerapan

Wednesday, April 7, 2010
Semalam petang-petang selepas menghantar draf final year project, maka pergilah saya akan balai cerapan untuk meraikan kegembiraan hantar draf fyp. Belajar CLS (tak tahu pun maksudnya apa tp ambil gambar guna reflector). Tp saya jadi model saja lah. Hehe. Satu yang saya suka petang semalam awan sangat cantik~...SK



Sinaran Cahaya

Tuesday, April 6, 2010
Pagi di tepi blok, sinaran cahaya agak menarik. Menatapi alam ciptaan Allah, ia menunjukkan kebesaran kekuasaanNya mencipta makhluk. Dari sinar cahaya itu juga, kita mengharapkan agar iman di dada kita secerah atau pun lebih cerah daripada itu. Sinar cahaya iman boleh dilihat dari wajah seseorang itu bagi yang berupaya melihatnya. Mata kasar tidak mampu menilai, mata hati yang suci InsyaAllah mampu melihat cahaya itu...SK

Di sebalik Tabir... Low Light Photography

Wednesday, March 24, 2010
Pada hari ahad tengah malam dikala sebahagian pelajar-pelajar Petroleum tahun akhir ada yang rajin menelaah pelajaran untuk ujian keesokan harinya, adalah beberapa orang daripada mereka melakukan photoshoot di tepi blok. Haha... Fotografi Cahaya Malap. Hasilnya boleh dilihat dengan tekan sini...SK

Tepi longkang

Monday, March 22, 2010


Makmal Reservoir, Stor Pusat dan Makmal Kerja Berat FKKKSA UTM

Thursday, March 11, 2010