Showing posts with label M08. Show all posts
Showing posts with label M08. Show all posts

Embun Pagi

Monday, April 19, 2010
Pakaian yang bersih dan suci menjadi syarat sah solat. Hehe...

Marilah kita beramal soleh senantiasa supaya apabila menunggu giliran memasuki syuga tidak perlu beratur panjang~ (flare kacau)

Hmm, dalam banyak-banyak pilihan, Allah tahu yang terbaik untuk kita~

Ilmu kita di sisi Allah itu boleh diumpamakan hanya seperti titisan embun. Oleh itu, jangan sombong dan kedekut dengan ilmu yang kita ada~

3 perkara perlu ada kalau sesuatu nak menjadi 1. Tahu 2. Mampu 3. Mahu

Sinaran Cahaya

Tuesday, April 6, 2010
Pagi di tepi blok, sinaran cahaya agak menarik. Menatapi alam ciptaan Allah, ia menunjukkan kebesaran kekuasaanNya mencipta makhluk. Dari sinar cahaya itu juga, kita mengharapkan agar iman di dada kita secerah atau pun lebih cerah daripada itu. Sinar cahaya iman boleh dilihat dari wajah seseorang itu bagi yang berupaya melihatnya. Mata kasar tidak mampu menilai, mata hati yang suci InsyaAllah mampu melihat cahaya itu...SK

Di sebalik Tabir... Low Light Photography

Wednesday, March 24, 2010
Pada hari ahad tengah malam dikala sebahagian pelajar-pelajar Petroleum tahun akhir ada yang rajin menelaah pelajaran untuk ujian keesokan harinya, adalah beberapa orang daripada mereka melakukan photoshoot di tepi blok. Haha... Fotografi Cahaya Malap. Hasilnya boleh dilihat dengan tekan sini...SK