Makmal Reservoir, Stor Pusat dan Makmal Kerja Berat FKKKSA UTM

Thursday, March 11, 2010








Amir Hussein dan Tasik UTM

Wednesday, March 10, 2010

Tangkap gambar kaki ke? Hehe...


Batu-batu kerikil

Sedang berguru. Hehe...

Shoot di tepi jalan perlu berhati-hati...


SPE Family Day 2010 - 7 March 2010

Monday, March 8, 2010












Insan-insan Suci

Sunday, March 7, 2010
Anak-anak kecil itu masih lagi suci daripada sebarang dosa. Oleh itu, menjadi tanggungjawab ibu bapa atau penjaganya untuk mendidik mereka agar menjadi orang-orang yang berguna pada masa hadapan. Apabila memandang wajah anak-anak kecil ini, saya merasakan begitu sayu mengenangkan dosa-dosa yang telah banyak terbeban dan sepatutnya apabila memandang wajah-wajah mereka ini kita berasa insaf untuk segera bertaubat kepada Allah Ta'ala. Photoshot di bawah ini adalah wajah-wajah anak yatim dan dan juga anak-anak yang tergolong daripada keluarga yang kurang berkemampuan. Syahdu melihat wajah-wajah mereka ini. Mari bersama kita menginsafi diri.

Khusyuk menulis

Minta autograf. Haha...

Saya memenuhi hasrat budak ini supaya shoot semasa menyuap makanan. Hehe...

Yang ini suka bergambar.

Buat muka pelik. Haha...

Gambar-gambar ini telah diambil semasa mini konsert Ukhwatul Muslimin UTM bersama Azhan Atan, juara Akademi Nasyid musim pertama...SK



Sekitar UTM lagi...

Friday, March 5, 2010
Berjalan sambil mengambil gambar itu sesuatu yaang kerana berjalan juga satu senaman. Menikmati keindahan alam sambil menjaga kesihatan...


Saudara Amir Hussin, dengan Canon 20D yang baru sahaja sampai direct dari Jepun. Walaupun ia adalah camera terpakai, sangat bagus camera ni. Kit lens 18-55 mm ada USM. Jepun saja yang ada.

Maulidur Rasul

Thursday, March 4, 2010
Maulidur Rasul di UTM diserikan dengan Simposium Maulidur Rasul. 1431H Ia berlangsung selama lebih kurang 1 minggu. Antara program-program yang terkandung pada simposium ini adalah seperti ceramah, konsert nasyid, forum dan sebagainya. Sya mahu highlight kan dua daripadanya. 2 Mac ada konsert Nazrey Johani di Dewan Seri Iskandar, UTM. Artis-artis lain yang membuat persembahan adalah Brothers, UNIC dan As-Saufee. Boleh la lihat di sini.

Malam tadi ada forum tentang Rasulullah sebagai pemimpin tauladan kalau tidak salah. di Masjid Sultan Ismal. 2 orang ahli panel telah membincangkan tajuk ini selama 2 jam. Mereka adalah Ustaz Roslan Muhamad dari Universiti Malaya, Ustaz Mohd Azmi Ali dari Johor Corporation dan moderator oleh Dr. Azhar. Apa yang saya tertarik adalah bahagian akhir daripada forum tersebut, kalau kita mahu kembalikan dunia ini kepada keadaan asal, 4 perkara perlu ada:

1. Ulama' yang berilmu untuk mengajar agama, menegur kesilapan dan lain-lain. 2. Pemimpin yang adil yang sentiasa menghalalkan yang halal dan mengharamkan yang haram dan lain-lain.
3. Orang-orang yang kaya menginfaqkan hartanya dengan betul.

4. Doa dari orang-orang faqir.





Mari kita bersama hayati dan amalkan sunnah-sunnah Nabi Muhammad S.A.W. di dalam kehidupan kita moga-moga kita sentiasa mendapat keberkatan daripada Allah Ta'ala...SK

Digital Retouching 2

Wednesday, March 3, 2010
Untuk kali ini, saya menggunakan wajah artis yang saya minati. Haha. Lisa Surihani. Saya cuba make up muka dia walaupun tak tahu sangat macam mana wanita make up muka.

Lisa Surihani yang lebih ceria wajahnya. Hehe

Apa yang di make up?

1. Rambut jadi perang
2. Celak hitam bawah mata
3. Di kelopak mata ada warna pink
4. Bibir merah
5. Gigi putih
6. Mata biru
7. Kulit cerah

Masa untuk siap lebih kurang 1 jam setengah kalau tidak silap...

Sekian...SK

Tasik UTM lagi

Tuesday, March 2, 2010



Digital Retouching

Monday, March 1, 2010
Bila menyebut tentang gambar, salah satu editing yang saya sangat minat adalah digital retouching. Salah satu contoh digital retouching yang saya paling suka adalah make up muka orang. Ini contoh-contoh yang saya telah buat.


Wajah yang kurang cerah boleh dicerahkan lagi. Mata yang coklat boleh diubah kepada warna-warna yang lain dan bibir boleh diletakkan gincu. Ini satu lagi...


Banyak lagi kaedah-kaedah digital retouching untuk make up muka. Sangat menarik. Selamat mencuba...SK

***dua-dua orang ni kawan baik saya. kepada anda berdua, wajah-wajah anda ini hanya sebagai perkongsian ilmu :-)